Kanak-Kanak Juga Dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat Jika Buang Sampah Merata
Awas!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kanak-kanak seawal usia 10 tahun turut tidak terlepas untuk dikenakan arahan Khidmat Masyarakat jika ditangkap membuang sampah merata-rata
Menerusi sebuah kenyataan yang dikongsi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), penguatkuasaan ini adalah tertaluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].
"Jika anak-anak ditangkap membuang sampah kecil di tempat awam, mereka juga boleh dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) oleh mahkamah.
"Kanak-kanak seawal usia 10 hingga 18 tahun sudah boleh dipertanggungjawabkan atas kesalahan jenayah ringan, termasuklah membuang sampah merata-rata (littering)," kata kenyataan itu.

Bawa tujuan mendidik melalui penguatkuasaan
Menurut SWCorp, matlamat undang-undang ini adalah bukan untuk membebankan masa depan anak-anak, tetapi untuk mendidik mereka melalui penguatkuasaan.
"Mulai tahun 2026, penguatkuasaan lebih tegas dilaksanakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, termasuklah pesalah kanak-kanak.
"Jadi sebagai orang dewasa, tunjukkanlah teladan yang baik kerana kanak-kanak cenderung untuk meniru apa yang mereka lihat," kata SWCorp.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 