Kanak-Kanak Disangka Sudah Mati Lemas Dalam Kolam Renang Dilaporkan Masih Belum Stabil

Difahamkan, kenyataan bapa mangsa memaklumkan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia disebabkan trauma dan kecewa dengan tragedi terbabit.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Disangka sudah meninggal dunia akibat lemas dalam kolam renang homestay, keadaan seorang kanak-kanak lelaki yang kini dirawat di Hospital Melaka masih belum stabil

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata mangsa yang berasal dari Masai, Johor masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) hospital berkenaan.

"Kira-kira 11.20 pagi semalam, polis menerima panggilan memaklumkan seorang kanak-kanak nyaris lemas di kolam renang di pangsapuri itu.

"Apabila tiba di tempat kejadian, pengawal keselamatan memaklumkan mangsa telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Melaka," katanya

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Mangsa didapati masuk ke kolam renang pada jam 9.30 sebelum tidak ditemui keluarganya

Menurut Christopher, siasatan awal mendapati mangsa telah hadir ke kolam renang terbabit pada jam 9.30 pagi bersama keluarganya sebelum insiden kanak-kanak itu didapati tiada di kolam berkenaan oleh ahli keluarga.

"Waris mangsa kemudian mencarinya di sekitar kolam renang terbabit dan mendapati beberapa orang awam mengeluarkan mangsa dari kolam itu, seterusnya dibawa ke Hospital Melaka," katanya.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zahery Mohd Zailani, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.45 pagi.

Setibanya pasukan penyelamat di tempat kejadian, kanak-kanak lelaki tersebut didapati telah dikeluarkan dari kolam renang oleh orang awam dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Anggota bomba segera memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR)," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: