Kanak-Kanak 7 Tahun Alami Pendarahan Dipercayai Digigit Lintah Masa Main Di Sawah

Difahamkan, mangsa hanya memakai seluar pendek ketika kejadian berlaku.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Semarang & Asia Today
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak perempuan alami pendarahan di bahagian kemaluan selepas dipercayai digigit lintah ketika bermain di kawasan sawah

Menerusi laporan Berita Harian, mangsa yang berusia tujuh tahun itu dikatakan sedang bermain di kawasan sawah sempena program D'Bendang di Sungai Rambai sebelum mengalami pendarahan di bahagian sulitnya.

Menurut sumber, polis telah menerima makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 1 tengah hari pada Ahad selepas pihak Wad Kecemasan Hospital Jasin menghubungi mereka .

"Mangsa dibawa ibunya ke hospital selepas mengalami kesakitan dan pendarahan ketika bermain di kawasan sawah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan luaran pada bahagian kemaluan mangsa," katanya.

SAYS.com
Image via Kompas

Tiada sebarang unsur jenayah seksual dikesan

Menurut sumber lagi, ibu mangsa turut memaklumkan anaknya hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam ketika berada di kawasan sawah itu.

Katanya, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Melaka bagi pemeriksaan lanjut dan doktor tidak menolak kemungkinan pendarahan berpunca daripada gigitan lintah.

"Namun tiada sebarang unsur kecederaan trauma atau jenayah seksual dikesan," katanya.

Difahamkan laporan polis dibuat bagi memenuhi keperluan prosedur perubatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: