Kanada Bakal Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara September Ini

Difahamkan, Kanada mengecam kerajaan Israel membiarkan keadaan Gaza menjadi semakin teruk.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The New Arab & CNN
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kanada akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada September

Menerusi laporan Harian Metro, Perdana Menteri Kanada, Mark Carney memberitahu langkah itu diambil susulan situasi kemanusiaan yang disifatkan sebagai "tidak tertanggung" di Semenanjung Gaza.

"Kanada berhasrat untuk mengiktiraf negara Palestin pada sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB pada September 2025," katanya.

Carney mengulangi sokongan berterusan Kanada terhadap penyelesaian dua negara iaitu sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaya maju dan berdaulat hidup berdampingan secara aman dan selamat dengan Israel.

SAYS.com

Perdana Menteri Kanada, Mark Carney.

Image via Buletin TV3Image via

Pengiktirafan Kanada bergantung kepada komitmen Pihak Berkuasa Palestin

Tambah Carney, pengiktirafan oleh Kanada turut bergantung kepada komitmen Pihak Berkuasa Palestin bagi melaksanakan "pembaharuan yang sangat diperlukan", sambil berikrar untuk memperkukuh sokongan terhadap tadbir urus demokratik di Palestin.

"Kanada akan mempertingkat usaha menyokong tadbir urus demokratik yang kukuh di Palestin serta sumbangan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih aman dan penuh harapan.

"Sebarang jalan menuju keamanan berkekalan bagi Israel juga memerlukan kewujudan negara Palestin yang stabil dan berdaya maju.

Carney menyifatkan krisis kemanusiaan di Gaza sebagai "tidak tertanggung dan semakin meruncing" sambil mengkritik Israel kerana membiarkan keadaan terus memburuk.

"Kanada mengecam tindakan kerajaan Israel yang membiarkan keadaan di Gaza menjadi semakin teruk," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: