Kampung Paling ‘Sunyi’ Di Perak Ini Tetap Meriah Walaupun Yang Tinggal Hanya 10 Penghuni

Difahamkan, bangunan kerajaan yang tinggal hanya Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar yang mempunyai tujuh guru serta 10 murid.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah kampung di perak mencuri perhatian apabila hanya 10 penghuni tinggal di kampung itu

Bagaimanapun, Kampung Bandar yang terletak di pinggir Sungai Perak masih meriah walaupun hanya dihuni 10 penduduk.

Menerusi laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Azman Basir, 60 tahun, berkata, penduduknya membabitkan empat wanita dan enam lelaki berusia 30 hingga 80 tahun yang mendiami enam rumah kayu.

Difahamkan, ia kerana ramai penduduk asal berpindah ke kawasan baharu disebabkan Kampung Bandar kerap dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh.

"Banjir berlarutan sejak lama dan ia umpama rutin tahunan kerana kedudukan kampung kami betul-betul di pinggir Sungai Perak.

"Pada 2014, 40 penduduk dipindahkan ke Taman Tan Sri Megat di Bukit Chawi kira-kira tujuh kilometer (km) dari sini.

"Namun, mereka masih kerap datang ke sini kerana bekerja di kebun sawit selain menjadi nelayan darat," katanya.

Masjid Al-Madinah yang sunyi bertukar meriah apabila ratusan anak perantau pulang untuk solat sunat Aidilfitri.

Image via L Manimaran/Harian Metro

Kampung banyak peninggalan sejarah, berusaha tarik minat pelancong datang

Azman memberitahu lantai rumah kayu tradisional penduduk dibina tinggi daripada permukaan tanah bagi meminimumkan kerosakan akibat banjir yang kerap melanda.

"Walaupun dibina tinggi, banjir dahsyat pada 1964 dan 2014 menyaksikan paras air banjir setinggi lima kaki (sekitar 1.52 meter) hingga mencecah lantai rumah, menyebabkan ramai penduduk berpindah," katanya.

Tambahnya, ejaan asal kampung itu sebenarnya adalah 'Bandau' yang bermaksud pelabuhan kerana pernah menjadi kawasan laluan perdagangan sekitar abad ke-19.

Malah, antara bangunan lama masih wujud di kampung itu adalah Masjid Al-Madinah yang dibina pada 1890.

Tidak hanya itu, kawasan tersebut pernah menjadi pusat pemerintahan negeri serta menempatkan makam Sultan Perak ke-15, Sultan Iskandar Dzulkarnain (mangkat 1765) dan Sultan Perak ke-21, Sultan Shahabuddin Riayat Shah (mangkat 1851) masing-masing di Pulau Indera Sakti dan Kampung Tanjung Penangguh dalam Mukim Bandar.

Selain itu, terdapat juga makam Mufti Perak pertama, Muhammad Zain Muhammad Amin.

"Dahulu, kampung ini pernah menempatkan balai penghulu dan klinik kesihatan, namun kedua-dua dipindahkan ke Bukit Chawi.

"Bangunan kerajaan yang tinggal hanya Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar yang mempunyai tujuh guru serta 10 murid.

"Mereka tinggal di Bukit Chawi, namun bertugas dan bersekolah di sini. Jika sekolah ini tidak berfungsi, kampung ini mungkin 'terkubur'," katanya.

Oleh kerana jumlah pemastautin lelaki di kampung itu tidak melepasi syarat, mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Bukit Chawi.

"Bagaimanapun, setiap kali Aidilfitri, Masjid Al-Madinah bertukar meriah kerana ratusan anak perantau pulang untuk solat sunat Aidilfitri.

"Walaupun kampung ini kurang penduduk, tetapi kami berusaha menarik pelancong melawat kampung yang kaya dengan sejarah dan sumber perikanan agar tidak ketinggalan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: