Kamera Sendiri Kena Jual Di Facebook, Lelaki Nasihat Hati-Hati Buat Servis Sewakan Barang

Hati-hati siapa yang buat sewa barang-barang macam kamera ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @j.ediiii (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki mendapati kamera miliknya dijual selepas tidak dapat menghubungi semula penyewa dan menemui iklan kamera miliknya di Facebook

Menerusi sebuah hantaran @j.ediiii di Threads, dia memberi pesanan kepada orang ramai yang membuat servis penyewaan barang agar berhati-hati dengan penyewa.

"Just nak inform sesiapa buat sewa camera please be careful. Hati-hati lah dengan siapa korang sewa. Was-was fishy-fishy je dah jangan proceed. Kes aku buat sewa camera sony A6400 datang lah satu mamat ni Kho Soon Yong nak sewa.

"Yang pegang camera ni penyewa, yang akaun Facebook tu konon girlfriend dia sebab yang deal dekat FB yang Kaylie tu, pass nombor si Kho ni. Dah bayar sewa sehari lepastu contact tak dapat. Hilang gitu. Agreement semua ada.

"Malam tadi nampaklah camera ni up dekat Facebook marketplace and selang berapa iklan kedai sama ni up jual lens 35mm yang aku sewakan sekali tu. Kedai camera yang jual ye.

"Tengok shutter count lebih kurang aku punya je. Gambar ketiga yang tempered glass atas tu aku pasang sendiri so macam senget sikit. Yang gambar ketiga bawah tu gambar iklan tu. Kat sini aku dah syak ni aku punya sebab sama," tulisnya.

Image via Threads

Image via Threads

Temui kamera sendiri di sebuah kedai kamera

Menurutnya, dia berjaya menemui kameranya semula apabila mendapati nombor siri pada kamera yang ditemui di sebuah kedai kamera sama dengan nombor siri kamera miliknya.

"Sekali betul bila berlakon datang kedai macam nak beli tengok camera sony a6400 sekali memang serial number aku punya.

"Apa lagi tauke kedai tu pun bising jugak kata dia pun kena tipu, dia pun mention dia rugi ah camni. Tapi yang peliknya resit ori beli ada je dekat aku, box ori pun kat aku.

"Hmm mungkin pencuri yang jual kat kedai ni kelentong kata dia beli second ke tak tahulah kan," katanya.

Image via Threads

Sudah buat laporan polis tetapi perlukan khidmat peguam untuk melanjutkan kes

Tambah lelaki itu, walaupun laporan polis sudah dilakukan isu yang dihadapinya itu perlu memerlukan khidmat peguam jika dia mahu bawa kes ke peringkat seterusnya.

"Buat report di balai Kajang and Tun HS Lee pun macam tak jalan sebab ni dah jadi kes civil. Melainkan kalau kecurian polis boleh datang rampas. Tapi tu la camera curi kalau ikut seksyen 411 'tak boleh simpan harta curi'. Correct me if im wrong.

"So kehadapan punya cerita sikit last-last aku kenalah bayar sikit untuk camera aku sendiri ni untuk dapatkan balik. So macam kedai ni cakap biar dia rugi banyak dia jual murah kat aku. Yang kecil-kecil macam sd card tak dapat, small rig aku tak dapat.

"So pengajaran untuk korang business macam ni sewa menyewa alat camera ke apa ke hati-hatilah ye. Mungkin 10-20 customer okay, satu terciduk macam ni haa risiko.

"Dah buat kat balai polis Kajang pasal penyewa tu kes tuntutan sivil and report kedua dekat balai Tun HS Lee berkenaan camera tu dekat kedai tu tapi tu laa still akan relate dengan report first so tak boleh nak consider benda ni kes kecurian. Kalau tak boleh dah polis rush kedai tu," kongsinya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: