‘Muka Cantik Tapi Bodoh’ – Wanita Dikecam Kerana Letak Hantaran 15K Dalam Iklan Cari Jodoh
Nak kahwin pun, janganlah letak harga macam barang.
Cover image via SAYSSeringkali menjadi isu perbualan, nilai hantaran sekarang bukan lagi perkara yang boleh dibuat gurau
Ingat lagi tak cerita tahun lepas tentang isu pengantin lelaki ditumbuk oleh ahli keluarga sebelah pengantin perempuan apabila duit hantaran tidak mencukupi?
Ingatkan dah habis dengan cerita lama, tapi tahun ini pun bangkit lagi isu hantaran ini. Baru-baru ini, isu hantaran telah menjadi viral di laman sosial apabila iklan milik seorang gadis jurutera disiarkan dengan status ingin mencari jodoh dengan nilai hantaran yang diletak sebanyak RM15K.
Image via SAYS
Image via Oh! Media
Biasalah bila satu cerita dah menjadi viral, ada yang suka dan ada yang tak suka. Sejurus apabila iklan ini tersebar, ramai jejaka Malaya memberi komen atas ketidakpuasan hati mereka terhadap *demand* hantaran yang ditetapkan oleh gadis 24 tahun tersebut. Kata mereka, harga hantaran itu terlalu mahal dan tidak masuk akal.
Image via null
"Muka tak cantik mana pun, tak patut langsung letak harga sampai 15K"
Pelbagai komen dan cemuhan dilontarkan kepada gadis ini. Terdapat juga sindiran yang berunsur sensitif dan keterlaluan diberi kepadanya.
Tetapi, disebalik komen-komen negatif, ramai juga gadis lain yang turut bersetuju dengan *demand price* yang ditetapkan oleh gadis itu. Kata mereka, nilai hantaran perlu ditetapkan sebegini untuk *motivate* para kaum Adam bekerja keras bagi menunaikan permintaan pihak perempuan.
Image via Twitter
Image via Twitter
"Saya kena hack. Tolong berhenti kecam, tolong delete"
Selepas kecoh isu viral ini, gadis ini pula membuat kenyataan bahawa iklan beliau di laman 'Kelab Cari Jodoh Malaysia' tersebut adalah fitnah semata-mata. Menurut beliau lagi, beliau tidak pernah "menjual" dirinya di laman sosial dan akaunnya itu telah digodam.
Image via Facebook
Sudah. Yang mana satu betul ni?
Bila sebut pasal kahwin, mesti wang hantaran dijadikan sebagai topik utama. Kenapa topik ini amat sensitif dalam kalangan masyarakat kita?
Image via SAYS
Adakah wang hantaran ini **WAJIB** dalam mendirikan perkahwinan?
Jawapannya, **TIDAK**. Menurut hukum agama Islam, seseorang lelaki yang ingin menikahi seorang perempuan hanya boleh memberikan wang hantaran mengikut [kemampuan](http://says.com/my/seismik/share-agama-vs-adat-perkara-apa-yang-tak-perlu-sebenarnya-dalam-perkahwinan) beliau sahaja.
Bak kata penulis buku agama, Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus, "sewajarnya kita fahami wang hantaran kahwin hanya termasuk perkara adat istiadat perkahwinan orang Melayu. Tiada nas daripada al-Quran mahupun Hadis menetapkan kewajipan memberi wang hantaran dalam majlis perkahwinan. Apa diwajibkan dalam Islam adalah mas kahwin atau mahar dan ternyata wang hantaran dan mas kahwin adalah dua perkara berbeza".
Atas sebab wang hantaran merupakan adat sahaja, topik ini telah menjadi isu sensitif dalam kalangan masyarakat kita. Bukan semua orang Melayu mengamalkan adat ini, bahkan ada antara kita yang tak kenal langsung dengan budaya warisan Melayu. Tapi bila timbul saja isu perkahwinan, semua orang mahu berbalik kepada adat istiadat Melayu.
Bila berbual tentang isu wang hantaran ini, memang tak ada kesudahannya. Ada yang setuju dengan meletakkan nilai yang tinggi, ada juga yang merasakan wang hantaran itu hanyalah sekadar *trend* semata-mata. Tak kiralah pihak lelaki mahupun pihak perempuan, tetapi jika sebuah keluarga itu mementingkan adat istiadat Melayu maka terpaksa sajalah ikut kata putus ahli keluarga.
Apa-apapun kami mendoakan agar gadis jurutera ini dapat bertemu jodoh yang baik dan soleh agar dapat memimpin rumahtangga yang bahagia
Image via Imgur

