Kaki Cycling Take Note! Ini 9 Tips Keselamatan Jalan Raya Yang Wajib Korang Ikut

Lebih baik mencegah daripada merawat.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi mereka yang mahu berjinak dalam aktiviti sihat, berbasikal sememangnya antara aktiviti yang boleh dicuba

Bukan sahaja efektif dalam memberi kesan kepada kesihatan diri malah aktiviti ini dilihat menyeronokkan di samping mesra alam sekitar.

Tapi kena ingat, bila berbasikal terutamanya di atas jalan raya kita juga berkongsi dengan pengguna yang lain.

Dalam kata lain, sebagai penunggang basikal di jalan raya kita wajib memahami undang-undang lalu lintas, perlu lebih peka dan menunggang berhati-hati dengan keadaan sekeliling bukanlah satu pilihan.

SAYS sempat menemuramah bersama seorang cyclist tempatan, Amy Beltran, yang berkongsi beberapa tips penting sebelum turun kayuh atas jalan raya:

SAYS.com
Image via Amy Beltran (Disediakan kepada SAYS)

1. Patuhi undang-undang lalu lintas

Cyclist pun kena ikut undang-undang jalan raya sama macam pengguna jalan raya yang lain. Maksudnya, kalau lampu merah kena berhenti, papan tanda berhenti jangan buat-buat tak nampak dan kayuh ikut arah trafik.

Ingat, korang kongsi jalan dengan orang lain dan tak semua driver akan perasan keberadaan korang.

SAYS.com
Image via ExpatGo

2. Kayuh dengan penuh berjaga-jaga

Sentiasa anggap orang lain dekat jalan raya tu tak nampak korang. Jadi, kena alert setiap masa, fikir risiko yang mungkin jadi dan pastikan posisi korang sentiasa jelas dan boleh nampak oleh pengguna jalan raya yang lain.

Kalau ada pengguna jalan raya lain yang nampak agresif, jangan melatah nak melawan sebab keselamatan diri tetap nombor satu.

3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling

Mata kena ligat tengok keadaan keadaan sekeliling, daripada cyclist lain, kereta, bas sampailah ke motosikal.

Jangan pakai earphone masa kayuh dan kalau ada driver yang bagi laluan, bagilah tanda hormat sikit, lambai tangan atau bagi thumbs-up.

SAYS.com
Image via Freepik

4. Awasi bahaya di hadapan

Sentiasa pandang jauh sikit ke depan supaya boleh kesan halangan awal-awal.

Peka dengan lubang jalan, sampah, pejalan kaki, kereta parkir yang pintunya boleh terbuka tiba-tiba atau kenderaan yang suka buat turn mengejut.

Jangan lupa, kalau nampak apa-apa bahaya, signal kat geng kayuh sekali biar semua orang aware.

5. Komunikasi kena jelas

Kalau nak belok atau tukar lorong, bagi signal awal-awal. Lagi bagus kalau boleh contact mata dengan driver, confirm dia dah nampak korang.

Kalau jalan sempit atau single-lane, lebih baik kayuh dalam satu line dan kalau kumpulan tu ramai sangat, pecahkan jadi kumpulan-kumpulan kecil untuk mudahkan kereta senang potong.

Jangan sesekali berhenti mengejut tepi jalan, itu boleh menyumbang untuk kemalangan, terutamanya dekat jalan yang sempit.

SAYS.com
Image via pressfoto/Freepik

6. Rancang laluan awal-awal

Pilih laluan ikut tahap stamina dan keyakinan korang dulu sebelum mula mengayuh.

Siap-siap tandakan tempat nak rehat, bawa air cukup, snek dan kalau ride jauh, jangan lupa simpan nombor kecemasan atau bawa first-aid kit kecil.

Paling penting, standby tiub spare dengan tools untuk berjaga-jaga kalau tiba-tiba tayar pancit tengah jalan.

7. Pakai kelengkapan yang betul dan periksa basikal

Pakai helmet yang terletak elok dengan kepala dan baju berbasikal yang sesuai.

Pastikan basikal sentiasa dalam keadaan yang baik terutamanya brek dengan tayar.

Jangan lupa periksa lampu depan, belakang dan reflector supaya korang sentiasa jelas dan mudah dinampak atas jalan.

8. Belajar etika berbasikal dalam kumpulan

Kalau korang baru nak join group ride, mula dengan kumpulan yang kecil dahulu macam dengan pasangan atau dengan beberapa kawan lain.

Set awal-awal laluan mana nak pergi, checkpoint nak regroup dan lantik lead (depan) dengan sweep rider (belakang, untuk pastikan tak ada yang tertinggal).

Cara ini boleh tingkatkan lagi keyakinan korang sambil belajar asas etika berbasikal sebelum join group yang lagi besar.

SAYS.com
Image via Amy Beltran (Disediakan kepada SAYS)

9. Elak keadaan berisiko tinggi

Kalau boleh, jangan kayuh dekat jalan yang terlalu sibuk terutamanya semasa waktu puncak. Korang juga tak patut pergi ride semasa cuaca teruk, pencahayaan yang rendah atau badan tengah penat.

Bila keadaan lalu lintas padat, kebarangkalian untuk kurang nampak oleh pengguna jalan raya yang lain adalah tinggi dan masa untuk respon yang perlahan memang akan naikkan lagi risiko kemalangan.

Berbasikal ini memang best, boleh kekal aktif sambil explore tempat baru tetapi ingat, keselamatan tetap nombor satu

Dengan adanya kesedaran, persediaan yang cukup dan perasaan hormat terhadap pengguna jalan raya yang lain, perjalanan korang akan lebih tenang sehinggalah sampai selamat ke rumah.

Buat pengguna-pengguna jalan raya yang lain pula, bolehlah bertimbang rasa sikit. Keselamatan ini tanggungjawab bersama. Dengan kesedaran dan saling menghormati antara satu sama lain, jalan raya dekat Malaysia boleh jadi selamat dan boleh digunakan untuk semua orang.

Sumber: Amy Beltran, UK Department for TransportMinistry of Transport MalaysiaUSJ Cycles

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: