Kahwin Lambat Jadi Antara Punca Negeri Selangor Catat Tahap Kesuburan Rendah – Exco
Difahamkan, faktor ini melibatkan perkahwinan lewat dalam kalangan generasi muda.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selangor berdepan kadar kesuburan membimbangkan apabila mencatatkan purata anak bagi setiap wanita jauh lebih rendah daripada paras penggantian generasi
Menerusi laporan Sinar Harian, angka yang dicatatkan itu adalah secara purata hanya 1.5 anak bagi setiap wanita berbanding paras penggantian generasi dengan 2.1 anak.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari berkata statistik menunjukkan penurunan kelahiran hidup sebanyak 7.2 peratus pada 2022 berbanding pada tahun 2021.
Menurutnya, antara faktor ia terjadi adalah disebabkan trend perkahwinan lewat dalam kalangan generasi muda khususnya Gen Z menyumbang kepada penyusutan kadar itu.
"Ramai anak muda memilih untuk berkahwin lewat kerana mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi.
"Akibatnya, tempoh usia produktif semakin pendek sebelum mereka mencapai umur matang 40 hingga 45 tahun," katanya.
Tambahnya, walaupun kerajaan negeri sedar akan cabaran tersebut, inisiatif khusus berkaitan kesuburan masih belum ada setakat ini.

Anfaal (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama tetamu kehormat dan peserta selepas Majlis Pelancaran SKNS pada Selasa.
Image via Wanita Berdaya Selangor (Facebook)Image viaBagaimanapun, sebuah pusat subfertiliti akan dibangunkan di Shah Alam
Walaupun masih tiada lagi inisiatif khusus, ia mungkin dapat direalisasikan di masa hadapan dengan pembangunan sebuah pusat subfertiliti di Shah Alam dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Menurut Anfaal, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan memudah cara urusan kelulusan bagi membolehkan projek itu dilaksanakan.
"Pusat subfertiliti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada warga Selangor, malah seluruh penduduk Zon Tengah.
"Projek ini sudah diluluskan dalam RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) dan dijangka siap menjelang tahun 2030," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 