9 Lagi Kafe-Kafe Moden Di Johor Bahru Yang Wajib Anda Cuba. Jom Cafe Hopping!
Banyak tempat best nak kena try ni! 😀
Cover image via Shakespeare Milkshakes | Instagram @hana__08041. Shakespeare Milkshakes
Image via Shakespeare Milkshakes
Image via Shakespeare Milkshakes
Image via Shakespeare Milkshakes
Untuk anda yang menggemari snek dan manisan yang enak, anda wajib berkunjung ke Shakespeare Milkshakes. Bukan sahaja hidangan di sini semuanya menarik, tetapi suasana di kafe ini juga teramat cantik dan sesuai untuk para Instagrammers!
Alamat: Shakespeare Milkshakes, No. 9, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru
Waktu Operasi:
12 tengah hari – 11 malam (Isnin – Jumaat)
12 tengah hari – 12 malam (Sabtu & Ahad)
No. Telefon: +6016 421 8530
Status: Pork-free.
2. The Replacement – Lodge & Kitchen
Image via Instagram @yyokefong
Image via The Replacement – Lodge & Kitchen
Image via Instagram @marissalovegood
Kepada peminat tegar kopi, kafe ini menyajikan specialty coffee iaitu Long Black Coffee yang betul-betul kaw! Selain itu, jika anda peminat Soft Shell Crab, hidangan Soft Shell Crab Burger mereka sangat sedap dan unik kerana menggunakan roti pau sebagai bun burger. Wajib cuba!
Alamat: The Replacement – Lodge & Kitchen, No. 33, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru
Waktu Operasi:
10 pagi – 6 petang (Isinin – Khamis)
9 pagi – 11 malam (Jumaat – Ahad)
No. Telefon: +6012 547 7885
Status: Pork-free.
3. Coffee Signature / Container Cafe
Image via Instagram @wishuponatart
Image via Instagram @hana__0804
Image via Instagram @yenlingkho
Kafe berkonsep kontena ini cukup popular dengan minuman Sweet Rain mereka, iaitu secawan kopi yang dihidangkan dengan gula kapas seakan-akan terapung di atas udara. Begitu menarik rupanya! Jangan lupa untuk cuba manisan-manisan lain yang menarik seperti Waffles, Cheesecake dan banyak lagi.
Alamat: Coffee Signature/Coffee Container, No. 53, Jalan Serampang, Taman Sri Tebrau
Waktu Operasi:
12 tengah hari – 10 malam (Isnin – Ahad)
Tutup setiap Khamis.
No. Telefon: +607 330 5731
Status: Pork-free.
4. Roost Repurposed & Recycled
Image via Instagram @chigusahuda
Image via Instagram @adele2307
Image via Instagram @chanwon92
Kafe ini memang terkenal dengan hidangan Rice Bowl mereka yang dipenuhi dengan nasi, avocado, salmon, salad dan banyak lagi yang boleh anda pilih. Mereka bukan sahaja menghidangkan makanan healthy, bahkan turut menyediakan dessert yang semuanya sedap belaka seperti Yogurt Ice Cream, Mint Chocolate Pie dan lain-lain!
Alamat: Roost Repurposed & Recycled, No. 14, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru
Waktu Operasi:
1 petang – 12 malam (Isnin – Ahad)
Tutup setiap Selasa.
No. Telefon: +6016 776 7489
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
5. Monsta Cafe
Image via Instagram @aliceyew778
Image via Instagram @panacci.peter
Image via Instagram @rracheal1014
Masakan Western, Jepun, dessert – semuanya ada di sini! Salah satu masakan Jepun yang harus anda cuba ialah Japanese Chicken Katsu Curry. Jangan terlepas untuk singgah ke Monsta Cafe ini!
Alamat: Monsta Cafe, No.157, Jalan Bestari 1/5, Taman Nusa Bestari, Skudai
Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: +607 556 7128
Status: Pork-free.
6. My Liberica Coffee
Image via Instagram @tristalwchan
Image via Instagram @myliberica.coffee
Image via Instagram @fx_pixel1080
Kafe moden dan minimalis ini menyediakan masakan Western yang semuanya sedap! Jika anda sukakan masakan barat yang simple seperti Carbonara, Bolognese dan Pesto, anda boleh cuba tempat ini. Untuk yang inginkan kopi pula, anda boleh menikmati dessert Affogato. Jom ke kafe My Liberica Coffee!
Alamat: My Liberica Coffee, No. 73, Jalan Molek 3/10, Taman Molek
Waktu Operasi:
12.30 tengah hari – 10.30 malam (Ahad – Khamis)
12.30 tengah hari – 11 malam (Jumaat – Sabtu)
No. Telefon: +6013 739 9868
Status: Pork-free.
7. Passionfood Cafe & Bakery
Image via Instagram @govindsivasubramaniam
Image via Instagram @f00die_traveller
Image via Instagram @the_bottomlessgorge
Kafe ini menyediakan manisan yang betul-betul unik dan kreatif, dan menjanjikan gambar-gambar yang ternyata Insta-worthy bagi pengunjung di sini. Jangan terlepas untuk mencuba desserts menarik di kafe ini!
Alamat: Passionfood Cafe & Bakery, No. 71, Jalan Serampang, Taman Pelangi
Waktu Operasi:
12 tengah hari – 10 malam (Isnin – Jumaat)
10.30 pagi – 10 malam (Sabtu & Ahad)
No. Telefon: +607-331 5330
Status: Pork-free.
8. Flowers In The Window
Image via Instagram @vernicenyii
Image via Instagram @raysontravelogue
Anda pasti akan menyukai kafe berkonsep hijau ini! Dengan ruang halamannya yang menenangkan, dikelilingi juga dengan tumbuhan hijau segar, seakan-akan anda berada dalam sebuah rumah hijau. Selain itu, tempat ini juga wajib anda singgah kerana kepelbagaian menu menarik seperti Hainanese Beef Noodles, Earl Grey Lavender Cake, Chocolate Orange Walnut Cake dan lain-lain.
Alamat: Flowers In The Window, No. 9, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru
Waktu Operasi:
10 pagi – 8 malam (Isnin – Ahad)
Tutup setiap Selasa
No. Telefon: +607 222 7489
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram
9. Bev C
Image via Instagram @oo_foodielicious
Image via Instagram @putreeo
Image via Instagram @bevccafe
Bila di Johor, tempat ini wajib anda kunjungi jika anda gilakan dessert dan minuman yang unik. Antara manisan yang boleh anda cuba ialah Gooey Dark Chocolate & Peanut Butter Cake. Memang berbaloi cheat day anda!
Alamat: Bev C, No. 54, Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru
Waktu Operasi: 10 pagi – 7 malam (setiap hari)
No. Telefon: +6016 725 3530
Status: Pork-free.

