[VIDEO] Seronok Betul Tengok Iklan Terbaru McCafe Ni. Memang Perli Habis!
Harga mahal, kopi dalam bikar, cawan yang kecil, meja ping pong.
Cover image via McDonaldsUKMinum kopi di kafe hipster telah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat masa kini terutamanya generasi muda. Tapi mengapa ya?
Mari kita lihat iklan yang dihasilkan oleh **McDonald's United Kingdom** untuk mempromosikan **McCafe**, sejenis jenama kopi yang diperkenalkan mereka sejak awal tahun 2001 dan kini telah berada di **Malaysia sejak Jun 2012**.
Kelakar betul, tapi memang ini adalah fakta benar. Jika anda pergi ke mana-mana kafe hipster, anda mesti akan mengalami pengalaman seperti yang ditunjukkan oleh mereka dalam iklan tersebut.
Jadi, agak-agak apa sebab orang sekarang lebih gemar ke kafe hipster? Ini sebabnya:
1. Sesuai untuk Instagram dan media sosial yang lain
Lihat sajalah perbezaan di antara gambar kopi dari McCafe dan juga dari kafe hipster itu. Antara dua gambar ini kita dapat menilai berapa banyak *likes* yang akan mereka dapat untuk gambar tersebut. Sudah semestinya anda lebih suka mengambil gambar kopi mahal berbanding kopi dari McDonalds.
2. Menyediakan lebih banyak pilihan makanan yang menarik
Image via Time Out KL
Image via Jiankatyi
Bagi mereka yang mempunyai selera yang besar, mereka lebih suka akan pilihan menu yang terdiri daripada pelbagai jenis. Walaupun harga mereka lebih mahal, tetapi penggemar kafe hipster ini lebih tertarik dengan kualiti makanan dan bukan dari segi harga yang diletakkan.
3. Suasana yang unik dan menenangkan
Image via Eat Drink KL
Image via Daniel Food Diary
Orang muda zaman sekarang lebih suka dan tertarik kepada dekorasi interior yang artistik dan menenangkan. Selain itu juga, kafe-kafe sebegini juga sesuai untuk mereka berposing dan mengambil gambar. Bila post ke dalam insta, gambar akan nampak cantik dan ada kelas!
Namun, McCafe juga mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Mari kita tengok!
1. Menyediakan promosi yang berbeza pada setiap bulan
Image via Harga Runtuh
Berbeza dengan kafe hipster yang lain, McCafe menawarkan pelbagai promosi pada setiap perayaan termasuklah Hari Ibu, Hari Bapa dan juga Hari Kemerdekaan negara kita yang tercinta.
2. Harga yang murah dan juga berpatutan
Image via Yowazzup
Kalau di kafe hipster, secawan kopi *cappucino* berharga RM12 hingga ke RM13 tetapi di McCafe anda boleh mendapatkan dengan hanya RM 7.50 saja.
3. Memberikan ganjaran dan kupon percuma kepada pelanggan
Image via Smart Canucks
Bukan sahaja promosi setiap bulan, malah McCafe menyediakan kupon sebagai ganjaran untuk pelanggan mereka yang setia. Mereka akan mendapat satu kopi percuma dengan setiap tiga cop yang telah mereka kumpul.

