Kadar Kelahiran Malaysia Turun Namun Terengganu, Kelantan & Pahang Tetap Catat Peningkatan

Terengganu dilihat mempunyai kadar kesuburan tertinggi iaitu 2.9, diikuti Kelantan dengan 2.7, dan Pahang 2.1.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malay Mail & YouTube
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kadar kelahiran Malaysia telah menjunam ke paras terendah dengan penurunan 11.5 peratus pada suku pertama 2025 berbanding tempoh yang sama tahun lepas

Menerusi laporan Malay Mail, Malaysia telah merekodkan penurunan tersebut dengan hanya 93,500 bayi dilahirkan pada tempoh terbabit.

Namun begitu, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), masih terdapat negeri yang menujukkan kadar kelahiran yang meningkat iaitu negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Tiga negeri pantai timur itu mempunyai jumlah kadar kesuburan (TFR) melebihi paras penggantian iaitu 2.1 kanak-kanak bagi setiap wanita.

"Hanya Terengganu, Kelantan, dan Pahang yang merekodkan TFR melebihi paras penggantian," kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Terengganu dilihat mempunyai kadar kesuburan tertinggi iaitu 2.9, diikuti Kelantan dengan 2.7, dan Pahang 2.1.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Image via The Vibes

Kadar kelahiran bayi lelaki melebihi bayi perempuan

Sejumlah 48,124 bayi lelaki telah direkodkan lahir pada suku pertama tahun ini berbanding  bayi perempuan dengan jumlah 45,376, menjadikan nisbah jantina pada 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Selangor mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi dengan 18,254 bayi, manakala Labuan mencatatkan paling rendah hanya 278.

Kebanyakan ibu berusia antara 30 hingga 39 tahun telah menyumbang kepada 53.3 peratus kelahiran. Ibu berusia 20 hingga 29 tahun pula menyumbang kepada 39.3 peratus, manakala mereka yang berumur 40 tahun ke atas menyumbang 6 peratus.

Hanya 1.4 peratus kelahiran adalah kepada ibu di bawah umur 20 tahun, dan tiga kelahiran direkodkan daripada ibu yang berumur 55 tahun ke atas.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: