Kacak Dan Hot, Ini Latar Belakang Sebenar Pelakon Watak Pablo & Malik Dalam Blood Brothers
Mana satu pilihan anda?

Hanya dalam tempoh 25 hari tayangan sahaja, filem "Blood Brothers: Bara Naga" kini telah mencapai kutipan lebih RM70 Juta!
Nampaknya filem yang diarahkan oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra ini ternyata telah mendapat sambutan ramai dan rata-rata memuji kehebatan filem tersebut yang dibintangi pelakon hebat Malaysia seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, dan Amelia Henderson.
Selain watak utama, dua watak sampingan iaitu Malik dan Pablo juga menjadi bualan ramai dek kehebatan lakonan mereka selepas penonton menonton filem terbabit.
Siapa mereka ni? Jom kita _research_ sikit!
Irfan Zaini (Malik)
Irfan Zaini yang memegang watak Malik atau nama penuhnya Muhammad Irfan Mohamed Zaini dilahirkan pada 5 Jun 1995 di Kuala Lumpur. Dia merupakan seorang pelakon, model, dan pengacara televisyen Malaysia yang telah pun lama melibatkan diri beliau dalam bidang lakonan.
Tetapi mungkin macam tak pernah kita lihat lakonan dia sebelum ni kan? Sebenarnya Irfan Zaini lebih dikenali dalam kalangan penonton filem Tamil atas kemunculan awalnya "Kuruvi" pada tahun 2008, di mana beliau memegang watak sebagai adik kepada watak utama yang dilakonkan oleh Trisha Krishnan.
Pada tahun 2024, dia mendapat perhatian apabila membintangi filem Tamil "The Greatest of All Time (GOAT)" bersama pelakon terkenal India, Thalapathy Vijay. Penampilannya dalam treler filem tersebut mendapat sambutan hangat dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Selain itu, mungkin ramai tak perasan yang Irfan pernah memegang watak Alando dalam drama bersiri "Takdir Itu Milik Aku" yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2024. Dalam bidang pengacaraan, Irfan juga pernah menjadi hos rancangan permainan berbahasa Tamil "Smart Wheel" yang disiarkan di Astro Vinmeen HD. Rancangan ini menampilkan pelajar-pelajar universiti bersaing dalam cabaran pengetahuan am dan IQ.
Image via null
Image via @iam_irfun (Instagram)
Founder produk kosmetik
Kalau anda nak tahu, di luar bidang lakonan, Irfan merupakan pengasas jenama kosmetik izcosmeticsmy. IZ Cosmetics ialah jenama penjagaan rambut yang menumpukan kepada penyelesaian masalah rambut seperti keguguran dan pertumbuhan semula rambut, dengan menggunakan bahan semula jadi berasaskan Ayurveda. Patutlah rambut dia pun bukan main lebat!
Andy Teh (Pablo)
Image via @andytehkh (Instagram)
Pelakon kedua yang menjadi bualan dalam Blood Brothers adalah Andy Teh yang memegang watak Pablo. Andy Teh atau nama penuhnya Andy Teh Kim Huat lahir pada 8 September 1986 di Klang, Selangor bukan sahaja merupakan seorang pelakon malah juga merupakan atlet seni mempertahankan diri, dan usahawan Malaysia yang semakin dikenali dalam industri hiburan tempatan.
Andy memulakan kerjaya lakonan dengan filem aksi "Sangkar" (2019) arahan Kabir Bhatia, diikuti dengan penampilan dalam filem "WIRA" (2019) arahan Adrian Teh. Dia juga pernah membintangi drama bersiri seperti "X-Change: The Bonds of Blood" (2024) dan "First Wives: Sisters Before Misters" (2025).
Atlet MMA dan pernah memenangi pingat emas dalam Brazilian Jiu-Jitsu sebanyak 5 kali
Andy memulakan latihan taekwondo pada usia 10 tahun dan mula bertanding secara kompetitif pada usia 11 tahun. Jadi tidak hairanlah dia kelihatan tangkas dalam babak berlawan dalam filem tersebut. Dia kemudiannya menceburi seni mempertahankan diri campuran (MMA) pernah memenangi satu perlawanan melalui TKO (pukulan). Selain itu dia juga pernah menang pingat emas sebanyak lima kali dalam Brazilian Jiu-Jitsu dan pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia IPMF Combative Martial Arts.
Image via @andytehkh (Instagram)

