K-Bakeri Popular ‘Tous Les Jours’ Buka Cawangan Baharu Di Sunway Pyramid & Sunway Velocity
Nikmati pelbagai jenis roti, yang dibuat khas berpandukan resipi asli, daripada roti Eropah klasik kepada pastri enak.
Cover image via Tous Les JoursFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peminat sajian bakeri berinspirasikan Korea (K-bakeri) yang menambat selera di Malaysia pasti gembira bahawa Tous Les Jours, kafe bakeri yang diiktiraf global mengumumkan bakal membuka dua cawangan baharu yang amat dinanti-nantikan
Kedua-dua pembukaan ini merupakan lokasi terawal yang dibuka di Malaysia berikutan termeterainya perjanjian francais induk dengan SEH Food, sebahagian daripada Stream Empire Holdings, pada bulan Januari 2025. Tous Les Jours sekali lagi akan menawarkan pilihan pastri, kek dan roti yang serba menarik di lokasi perdana Sunway Pyramid dan Sunway Velocity.
Tous Les Jous, yang bermaksud "Setiap Hari" dalam Bahasa Perancis, jelas menepati namanya dengan menawarkan pilihan sajian lazat yang dibuat khas dengan ramuan premium dan dibakar segar di dalam kafe setiap hari.
Rakyat Malaysia boleh menikmati daya tarikan unik jenama kegemaran ramai ini, yang diiktiraf secara meluas sebagai jenama K-bakeri terkemuka yang menggabungkan perisa kontemporari Korea dengan cita rasa tempatan.
Image via Tous Les Jours
Lokasi pertama daripada dua cawangan yang telah dirasmikan dengan majlis pembukaan gilang-gemilang di Sunway Pyramid yang menjadi tumpuan ramai pada 4 Jun lepas, diikuti oleh Sunway Velocity pada 14 Jun ini.
Lokasi strategik ini mendukung cita-cita Tous Les Jours untuk menetapkan jenama sebagai kafe bakeri premium pilihan utama di Malaysia, dengan memanfaatkan minat kukuh di negara ini terhadap budaya Korea dan juga selera orang ramai untuk menikmati pengalaman bakeri yang luar biasa.
Nikmati pelbagai jenis roti, yang dibuat khas berpandukan resipi asli, daripada roti Eropah klasik kepada pastri enak dan penambat hati menyelerakan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa
Apabila singgah di kafe bakeri Tous Les Jours, anda akan disambut serta-merta oleh aroma sajian bakeri segar yang memikat selera.
Bagi memperingati detik istimewa atau sebagai pengikat kasih, pilihlah pelbagai kek yang disediakan, sesuai untuk diberikan sebagai hadiah dan menyambut perayaan. Cuba juga pelbagai hidangan manisan lazat, termasuk tart, roti manis dan potongan kek individu.
Untuk pilihan yang mudah dibawa dan penuh berkhasiat khususnya bagi individu yang sibuk, Tous Les Jours menyediakan pelbagai sajian ringan termasuk roti ciptaan tersendiri, yang diisi dengan inti dan sayuran segar.
Lengkapkan pengalaman menjamu selera anda dengan pilihan kopi beraroma dan minuman istimewa, yang disediakan teliti supaya serasi dinikmati dengan sajian yang manis mahupun yang berperisa di kafe bakeri ini.
Image via Tous Les Jours
Orang ramai dijemput untuk mencuba sendiri kelazatan produk bakeri yang dibakar segar setiap hari yang ditawarkan oleh Tous Les Jours.
Jalan lupa tarikh majlis pembukaan gilang-gemilang seterusnya pada 14 Jun 2025 di Sunway Velocity dan bersiap sedia untuk mula menikmati cita rasa bakeri moden berinspirasikan Korea.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Tous les Jours di Malaysia, anda boleh sahaja layari @touslesjours_my di Instagram, Tous Les Jours MY di Facebook and touslesjours_my di TikTok!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


