Jururawat Dihukum Penjara Seumur Hidup Lepas Didapati Bersalah ‘Bunuh’ 10 Pesakit
Kejadian-kejadian terbabit berlaku antara Disember 2023 dan Mei 2024 di sebuah hospital di Würselen, tempat jururawat itu bekerja sejak 2020.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang jururawat penjagaan paliatif di Jerman telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh 10 pesakit dan cubaan membunuh 27 pesakit lain dengan suntikan yang membawa maut
Menerusi laporan AFP, mahkamah di bandar barat Aachen mendapati jururawat lelaki berusia 44 tahun itu bersalah atas kesalahan yang dilakukan antara Disember 2023 dan Mei 2024 di sebuah hospital di Wuerselen berhampiran Aachen.
Mahkamah juga memutuskan bahawa kesalahan tersebut membawa kepada "dihukum bersalah dengan berat" yang sepatutnya menghalang tertuduh daripada dibebaskan awal selepas 15 tahun, biasanya satu pilihan dalam kes sedemikian.
Lelaki itu, yang namanya tidak didedahkan kepada umum, dituduh oleh pendakwa raya mendakwanya ibarat memainkan watak "penentu hidup dan mati" ke atas mereka yang berada di bawah jagaannya. Pihak pembelaannya telah menuntut pembebasan pada perbicaraan yang bermula pada bulan Mac.
Pendakwa raya berkata dia telah menyuntik pesakit yang kebanyakannya warga emas dengan ubat penenang atau ubat tahan sakit dalam dos yang besar dengan matlamat mudah mahu mengurangkan beban kerjanya semasa syif malam.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Medical News TodayLelaki itu dikatakan mengalami gangguan personaliti, tidak pernah menunjukkan sebarang belas kasihan kepada pesakit dan tidak menyuarakan sebarang penyesalan semasa perbicaraan
Mahkamah diberitahu bahawa jururawat tersebut menggunakan morfin dan midazolam, sejenis penenang otot yang kadangkala digunakan untuk hukuman mati di Amerika Syarikat.
Pendakwa raya telah mendakwa bahawa tertuduh bekerja "tanpa semangat" dan "tanpa motivasi".
Apabila berhadapan dengan pesakit yang memerlukan tahap penjagaan yang lebih tinggi, dia hanya menunjukkan "kerengsaan" dan kekurangan empati.
Tertuduh telah menamatkan latihannya untuk menjadi seorang jururawat profesional pada tahun 2007 dan kemudian bekerja untuk pelbagai majikan, termasuk di Cologne. Sejak tahun 2020, dia telah bekerja di hospital di Wuerselen.
Pendakwa raya memaklumkan bahawa penggalian kubur telah dijalankan untuk mengenal pasti mangsa selanjutnya dan lelaki itu mungkin akan dibicarakan semula.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 