Juara Travel & Tours Raikan Kejayaan 25 Tahun, Lancar Pakej Eksklusif & Kad Touch ‘n Go Istimewa

Juara Travel & Tours Sdn. Bhd. juga telah dilantik Pengelola Jemaah Haji diiktiraf oleh Tabung Haji baru-baru ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Juara Travel & Tours Sdn Bhd baru-baru ini meraikan pencapaian luar biasa selama 25 tahun dalam industri pelancongan, umrah, haji dan tiket penerbangan melalui Majlis Gemala Juara – Sambutan 25 Tahun & Apresiasi Alumni Haji, yang berlangsung meriah di Bangi Avenue Convention Centre (BACC)

Majlis gilang-gemilang itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato' Shaharuddin Abu Sohot. Turut hadir ialah tetamu kehormat, rakan strategik, serta para pengurus cawangan Juara Travel dari seluruh Malaysia.

Lebih 450 alumni haji diraikan dalam majlis ini sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang telah bersama Juara Travel sejak tahun 2018 hingga kini.

Pengarah Urusan Juara Travel, Rosnah Wagino berkata, kejayaan ini bukan sekadar tentang angka, tetapi mencerminkan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan sepanjang 25 tahun.

SAYS.com

Pengarah Urusan Juara Travel, Rosnah Wagino

Image via Juara Travel & Tours Sdn Bhd

"Majlis ini bagi meraikan alumni haji sempena sambutan ke-25 tahun Juara Travel. Dan tujuan utama ialah untuk menjalin ukhwah dan persefahaman bersama syarikat-syarikat yang terus menyokong kami selama ini.

"Selama 25 tahun, Juara Travel kekal sebagai peneraju dalam industri umrah, haji dan pelancongan, berpaksikan kepercayaan pelanggan, keutuhan jenama serta komitmen terhadap kecemerlangan perkhidmatan.

"Kami akan terus memperkukuh strategi dan memperluas rangkaian antarabangsa agar setiap pelanggan menikmati pengalaman perjalanan yang selesa, berkualiti dan diyakini,"
katanya.

Pemeteraian perjanjian strategik bernilai RM30.9 juta bersama Saudi Airlines

Dalam pada itu, Juara Travel turut pemeteraian perjanjian strategik bernilai RM30.9 juta bersama Saudi Airlines, yang memperuntukkan 10,000 tempat duduk penerbangan khas bagi jemaah dan pelanggan Juara Travel.

Dua lagi kerjasama penting turut dimeterai bersama Muassasah Matrafy dan Saraya Al Ansar International Company di Tanah Suci, bagi memperkukuh penginapan, pengangkutan dan kebajikan jemaah.

"Perjanjian ini sekaligus memberikan keyakinan kepada bakal Jemaah bahawa Juara Travel komited dalam menawarkan perkhidmatan yang selesa dan pasti 'terbang'.

"Inisiatif ini sinonim dengan slogan Kami iaitu 'Umrah Terbimbing, Kebajikan Terjamin'. Tidak kira mereka memilih pakej yang murah, sederhana atau mahal, perkhidmatan dan layanan yang diberikan tetap sama dan yang terbaik. Apa yang berbeza ialah intipati di dalam pakej seperti jarak hotel, penerbangan dan jumlah hari,"
kongsinya lagi.

SAYS.com
Image via Juara Travel & Tours Sdn Bhd
SAYS.com
Image via Juara Travel & Tours Sdn Bhd

Sejak menerima lesen rasmi sebagai Pengelola Jemaah Haji Tabung Haji pada tahun 2018, Juara Travel terus mengekalkan kepercayaan tersebut dan kini telah memperoleh lesen pengelola bagi tahun 2026.

"Syukur kami terus diberikan kepercayaan untuk terus menjadi pengelola Jemaah Haji Tabung Haji 2026. Dan sejak tujuh tahun lalu kami telah mengurus lebih 1,200 jemaah haji serta 148,000 jemaah umrah,"
ujarnya.

Juara Travel menawarkan empat kategori utama pakej haji Ekonomi, Standard, Premium dan Premium Plus iaitu dengan harga bermula daripada RM47,890 sehingga RM125,000 bagi pakej paling eksklusif.

Antara keistimewaan yang ditawarkan termasuk penginapan dalam radius tidak lebih 500 meter dari Masjid Al-Haram, makan tiga kali sehari, tiket tren laju antara Madinah dan Mekah (nilai tambah), serta pengiring profesional dan sistem organisasi kukuh yang telah mengurus lebih 1,200 jemaah haji dan 148,000 jemaah umrah sejak 2018.

Pelancaran pakej Istimewa dan kad keistimewaan pelanggan

SAYS.com
Image via Juara Travel & Tours Sdn Bhd

Turut dilancarkan pada majlis ini ialah beberapa pakej pelancongan eksklusif, antaranya:

  1. Pakej Pelancongan Turki bermula serendah RM4,790 (harga asal RM4,990)
  2. Pakej Umrah Musim Baru 1448H bermula RM4,990 (harga asal RM5,290)
  3. Promosi ini terhad kepada 250 pelanggan terawal.


Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, Juara Travel turut memperkenalkan Kad Touch 'n Go Loyalty Programme yang menawarkan pelbagai diskaun dan ganjaran eksklusif bagi setiap pendaftaran pakej umrah, haji atau pelancongan.

Tidak ketinggalan, kempen '25 Tahun Kekal Juara Bonanza' dilancarkan khusus buat pelanggan yang akan berlangsung dari November 2025 hingga November 2026. Antara hadiah utama yang menanti termasuk dua buah Perodua Axia, sepuluh pakej Umrah percuma, lima pakej percutian ke Turki, dua motosikal Honda Wave, serta pelbagai hadiah menarik lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: