Jualan PMKS Bimbingan RichWorks Melonjak RM3.3 Bilion, Catat Pertumbuhan 14 Peratus
Acara Titan's Inner Circle Meeting (ICM) – Titan Business Leadership Award 2026 juga telah diadakan baru-baru ini.
Cover image via RichWorks Consulting Group (RCG)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kumpulan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di bawah bimbingan RichWorks Consulting Group (RCG) terus menunjukkan prestasi luar biasa apabila mencatatkan jualan terkumpul sebanyak RM3.3 bilion sepanjang tahun 2025
Pencapaian tersebut melibatkan kumpulan pementoran eksklusif RCG, The Titan, dan Titan Circle Plus++ (TCP++), yang menyaksikan pertumbuhan sebanyak 14 peratus berbanding RM2.9 bilion yang direkodkan pada tahun 2024.
Menurut kenyataan rasmi RCG, kumpulan usahawan yang dibimbing secara dekat oleh Mentor Usahawan Jutawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman itu kini berada pada fasa perkembangan matang dengan purata jualan melebihi RM1 juta setahun.
Peningkatan signifikan ini merupakan hasil daripada persediaan awal yang rapi, bimbingan berstruktur, serta pelaksanaan strategi yang jelas dalam mendepani situasi ekonomi semasa yang mencabar.
Bagi meraikan kejayaan tersebut, acara Titan's Inner Circle Meeting (ICM) – Titan Business Leadership Award 2026 telah diadakan baru-baru ini. Platform eksklusif ini menghimpunkan usahawan berprestasi tinggi dari seluruh Malaysia termasuk Singapura untuk mengiktiraf pencapaian serta memperkukuh jaringan kepimpinan nasional.

Pengiktirafan kepada pasukan sebagai tulang belakang
Datuk Wira Dr. Azizan Osman, merangkap Pengasas dan Presiden RCG, menekankan bahawa pertumbuhan konsisten sesebuah perniagaan tidak hanya bergantung kepada usahawan semata-mata, tetapi juga kekuatan pasukan di belakangnya.
"Bila kita bercakap tentang pertumbuhan mampan, ia mesti melibatkan manusia, sistem dan kepimpinan yang bergerak seiring. Pengiktirafan kali ini diperluaskan bukan hanya kepada pemilik perniagaan, tetapi juga kepada pasukan yang menjadi tulang belakang organisasi," jelas beliau.
Majlis penganugerahan itu menyaksikan 161 perniagaan melibatkan 198 penerima anugerah diraikan dalam pelbagai kategori berdasarkan prestasi kewangan, kadar pertumbuhan, dan tempoh bimbingan.
Menerusi ekosistem 'SME 360' yang telah diperkemaskan, RichWorks optimis dapat membantu lebih ramai usahawan di pelbagai tahap sama ada permulaan atau pertengahan untuk melonjakkan nilai jualan ke tahap yang lebih tinggi.
"Kami yakin dapat membantu usahawan mencapai nilai jualan bukan hanya RM1 juta, bahkan mencecah lebih RM10 juta hingga RM100 juta setahun," ujar Dr. Azizan lagi.
Sorotan anugerah utama dan komitmen berterusan sejak 2008
- Pertumbuhan Positif: Mengiktiraf perniagaan yang berkembang sekurang-kurangnya 3 peratus dengan jualan antara RM10 juta hingga RM800 juta setahun.
- The Titan Grandeur Award: Anugerah tertinggi yang diberikan kepada lapan usahawan atas kepimpinan strategik dan impak ekonomi berskala besar.
- Astro Inspirasi SeeNI Award: Hasil kolaborasi rasmi bersama Astro Malaysia Holdings Berhad, anugerah ini mengiktiraf usahawan yang berjaya membina jenama dan kepercayaan melalui ekosistem penyiaran.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, RichWorks telah membimbing lebih 2 juta peserta merentasi pelbagai industri. Pendekatan yang berfokus kepada pelaksanaan (execution) dan bimbingan jangka panjang terbukti membantu pemilik perniagaan membina organisasi yang lebih tersusun serta berdaya saing.
Komitmen ini selari dengan aspirasi nasional untuk memperkukuh ekosistem PMKS sebagai pemacu utama penciptaan pekerjaan dan inovasi dalam ekonomi negara.
Bagi usahawan yang memerlukan sokongan perniagaan, maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 016-2956450 atau melayari laman web potensibisnes.rcg.my.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



