[TERKINI] Perkhidmatan Selepas Jualan Peranti ‘SmartTAG Gemuk’ Akan Tamat Mulai 1 Julai

Kenyataan rasmi telah dikeluarkan sendiri oleh pihak Touch 'n Go pada hari ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Carousell | Lowyat
Logo

Notis mengenai penamatan perkhidmatan selepas jualan SmartTAG OBU 330 telah dikeluarkan dalam satu kenyataan rasmi oleh pihak Touch 'n Go sendiri

Image via Hype MY

Dalam kenyataan tersebut, pihak Touch 'n Go telah menjelaskan bahawa perkhidmatan selepas jualan bagi peranti SmartTAG OBU 330 itu akan dihentikan bermula pada 1 Julai 2018 nanti.

Menurut laporan, peranti tersebut telah berada di pasaran dan beroperasi selama lebih dari 10 tahun.

Namun, bagi individu yang masih menggunakan peranti SmartTAG model tersebut masih boleh menggunakannya seperti biasa kerana ia tidak menjejaskan fungsi operasi peranti itu

Selain itu, bagi individu yang telah menghantar peranti SmartTAG OBU 330 untuk diselenggara, pihak Touch 'n Go masih akan terus menyelenggara peranti tersebut sehingga selepas tarikh 1 Julai 2018 nanti.

Baca kenyataan rasmi Touch 'n Go di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara berita terkini di SAYS SEISMIK:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: