Niat Untuk Membantu, Lelaki Ini Jual Kereta Dengan Harga 10 Sen
"Inilah semangat muhibbah dan anak Malaysia" – Kuan Chee Heng
Cover image via Kuan Chee HengNiat untuk membantu, seorang pemuda bernama J Senthil Kumar, 34 telah menjual sebuah kereta Iswara miliknya kepada seorang ibu tunggal dengan harga 10 sen
Perkara itu telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, [Kuan Chee Heng](https://www.facebook.com/kuan.cheeheng/posts/1415437981801300) dan menjadi viral setelah mendapat ribuan *shares*.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, bagi saudara Senthil, dia tidak kisah dan sanggup membantu ibu tunggal tersebut yang berbangsa Melayu. Sememangnya inilah semangat muhibbah yang kita perlukan dalam masyarakat Malaysia.
Ini sekaligus menjadikan Senthil sebagai individu pertama di negara ini yang menjual kereta dengan harga paling murah dan tidak masuk akal
Dalam laporan [Sinar Online](http://www.sinarharian.com.my/nasional/jual-kereta-harga-10-sen-1.623001) semalam, Senthil memberitahu segalanya bermula apabila dia mengambil keputusan untuk menjual kereta yang digunakannya sejak 14 tahun lalu kerana telah membeli kereta baru pada 2015.
Katanya, dia kemudian ke pusat jualan kereta terpakai dan bertanyakan harga diperoleh jika bersetuju 'menolak' kenderaan tersebut.
Senthil yang juga seorang penganalisis saham berkata, dia tergerak hati memberikan sumbangan kepada keluarga ibu tunggal di Taman Pingggiran Subang tersebut selepas mengetahui latar belakang keluarga wanita itu daripada aktivis sosial, Kuan Chee Heng (Mr Kuan)
Pada mulanya dia memang tidak mengenali siapakah penerima kereta tersebut tetapi dia tidak pernah kisah siapakah penerima itu asalkan betul-betul memerlukan kemudahan tersebut.
Selepas dipertemukan barulah Senthil tahu bahawa penerima itu tinggal bersama lima anaknya di sebuah pangsapuri kos rendah selepas kematian suami kira-kira enam tahun lalu.
Image via Kuan Chee Heng/Facebook
Bila bercakap mengenai soal perkauman, Senthil berpendapat terdapat orang yang berkepentingan sengaja timbulkan isu perkauman sedangkan rakyat biasa masih bergaul sesama mereka
Bagi Sentil, cara pemikiran rakyat Malaysia mesti diubah. Kita seharusnya melihat orang lain sebagai manusia bukan mewakili kaum dan sebagainya.
Image via Sinar Online
Manakala, buat penerima kereta, Rohaya Md Isa, 46, dia berasa sebak dan terharu apabila mendapat tahu ada individu yang sudi menyumbangkan sebuah kereta buat keluarganya
Katanya walupun kenderaan itu kenderaan terpakai, ia selesa digunakannya sekeluarga untuk menghantar anak-anak ke sekolah selain ke hospital untuk mendapat rawatan susulan atas penyakit kanser dihidapinya.
Image via Sinar Online


