Jual Beli Guna Duit SARA Oleh Rakyat Malaysia Kini Cecah RM110 Juta Dalam Masa 2 Hari
Memang ramai guna terus ya!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bantuan SARA kepada rakyat Malaysia mendapat sambutan luar biasa apabila transaksi pengguna dilihat melebihi RM110 juta dalam tempoh dua hari
Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF), lebih 900,000 penerima telah menyempurnakan transaksi bernilai RM60 juta pada hari kedua program, menjadikan jumlah keseluruhan lebih 1.7 juta penerima telah berbelanja di seluruh negara sejak pelaksanaannya.
"Berikutan ledakan transaksi yang direkodkan semalam, peningkatan kapasiti sistem yang dilaksanakan oleh MyKasih telah membolehkan 20 peratus lebih banyak transaksi diproses pada hari ini (1 September)," kata MOF.
Bagaimanapun, kementerian memaklumkan masih berlaku kesesakan pemprosesan transaksi di beberapa lokasi, terutama di pasar raya besar di kawasan bandar ketika waktu puncak antara jam 1.00 hingga 2.30 petang.

Petugas MyKasih hadir beri bantuan
Bagi menangani situasi berkenaan, petugas MyKasih telah ditempatkan di lokasi terpilih untuk memberi bantuan terus kepada pengguna dan peniaga.
"Orang ramai dinasihatkan untuk merancang pembelian pada waktu bukan puncak, seperti pagi pada hari bekerja, bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan urusan pembelian," tambah kenyataan itu.
Kementerian turut mengingatkan bahawa kredit RM100 Penghargaan SARA kekal sah sehingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.
Lihat kenyataan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



