JPV Pahang Lancar Klinik Vet Bergerak Pertama Di Pantai Timur, Tawar Servis Serendah RM5

Wah, untung orang Pahang!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang kini memperkenalkan klinik veterinar bergerak yang pertama di Pantai Timur

Inisiatif ini menumpukan pemberian rawatan terhadap haiwan peliharaan terutamanya di kawasan luar bandar dengan penyediaan fasiliti yang lengkap.

Menerusi laporan Berita Harian, klinik berkenaan dilengkapi bilik untuk rawatan, pembedahan, bius, kurungan, ruang pendaftaran dan menunggu. Ia mula beroperasi pada Ahad lalusempena program Kampungku Ceria di Tasik Paya Besar, Kuantan.

Ketua Bahagian Kesihatan Veterinar JPV Pahang, Dr Zakaria Ahmad berkata klinik veterinar bergerak berkenaan dapat memudahkan pemilik haiwan peliharaan mendapatkan kemudahan rawatan.

"Klinik veterinar bergerak dikendalikan tujuh kakitangan termasuk tiga penolong pegawai veterinar yang akan memberi rawatan. Kita berharap perkhidmatan bergerak yang disediakan ini mendapat sambutan daripada pemilik haiwan peliharaan di negeri ini," katanya.

SAYS.com

Ketua Bahagian Kesihatan Veterinar JPV Pahang, Dr Zakaria Ahmad (kiri).

Image via Mohd Rafi Mamat

Bakal meliputi setiap daerah di Pahang

Pengarah JPV Pahang, Dr Norhaliza Abdul Halim berkata, klinik veterinar bergerak itu dijangka ke setiap daerah di negeri itu setiap bulan bagi memberi perkhidmatan yang diperlukan haiwan seperti kucing, anjing, arnab dan hamster.

Beliau berkata, pihaknya memberi tumpuan pada rawatan seperti pemberian vaksin, ubat cacing dan ubat kutu termasuk aktiviti pemandulan serta pembedahan kecil yang perlu dilakukan segera bagi menyelamat nyawa haiwan peliharaan itu.

"Di bahagian luar klinik bergerak ini terdapat pentas menonton televisyen yang menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan kemudahan rawatan dan penjagaan haiwan peliharaan.

"Kita mampu memberi rawatan antara 40 hingga 50 ekor haiwan peliharaan sehari bergantung pada jenis rawatan yang diberikan. Untuk pemberian vaksin, ubat cacing dan ubat kutu akan mengambil masa kira-kira 10-15 minit hingga sejam bagi pemandulan," katanya.

Norhaliza menambah, bayaran serendah RM5 dikenakan bagi rawatan seperti suntikan vaksin, ubat cacing dan ubat kutu. Bagi pemandulan dikenakan RM80 bagi kucing jantan dan RM120 kucing betina.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: