JPN Tawar Ganti Dokumen Pengenalan Diri Percuma Untuk Mangsa Banjir

Semoga dipermudah urusan mereka yang terkesan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Sirap Limau
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada orang ramai yang kehilangan atau mempunyai dokumen rosak akibat banjir

Menerusi sebuah kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau berkata penggantian dokumen membabitkan MyKad, Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Sijil Perkahwinan (Sivil), Sijil Kewarganegaraan serta lain-lain dokumen rasmi JPN.

"Dalam apa jua musibah yang menimpa, saya ingin mengingatkan semua yang terkesan agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.

"Insya-Allah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi-agensi terkait akan membantu mempermudah urusan dokumen diri rakyat Malaysia yang terkesan dengan cabaran, seperti musibah banjir yang besar sekarang ini.

"Insya-Allah Kerajaan MADANI sentiasa prihatin membantu rakyat, khususnya ketika berdepan ujian dan kesulitan, memastikan segala bentuk bantuan disampaikan dengan cepat, cekap dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat," katanya.

SAYS.com

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Image via Bernama

JPN akan sediakan perkhidmatan penggantian mudah alih ke kawasan terjejas

Saifuddin berkata JPN turut menggerakkan perkhidmatan penggantian secara mudah alih ke kawasan terjejas sebaik sahaja laluan selamat dapat diakses.

Ia melibatkan perkhidmatan Bas, Van dan Kenderaan Pacuan 4 Roda MEKAR yang akan digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas sebaik sahaja lokasi tersebut dapat diakses.

"Bagi memudahkan urusan rakyat, JPN turut akan menggerakkan perkhidmatan penggantian secara mudah alih ke kawasan-kawasan terjejas sebaik sahaja laluan selamat dapat diakses, supaya bantuan dapat disampaikan terus kepada mereka yang memerlukan tanpa menambah beban sedia ada," ujarnya.

SAYS.com
Image via JPN

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: