JPN Saran Orang Ramai Ganti MyKad Lebih 10 Tahun, Cip Berisiko Gagal Dibaca Untuk SARA RM100

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak menerima RM100 secara one-off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Enlarge text
Cover ImageCover image via Wau Post & Malay Mail
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemilik MyKad yang melebihi tempoh 10 tahun disarankan menukar kad baharu di Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) susulan pengumuman bantuan RM100

Menerusi perkongsian JPN di Facebook, perkara ini bertujuan memudahkan urusan penerima bantuan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) itu mengelak risiko cip gagal dibaca disebabkan usia kad.

"Ramai dah mula cek MyKad kan? Tak perlu serbu kaunter JPN hanya untuk semak MyKad.

"Pastikan dulu ada tanda kerosakan seperti yang ditunjukkan dalam poster pertama contohnya macam cip gagal dibaca atau kad retak.

"Kalau ada tanda rosak, jangan risau, gantian kad boleh dibuat dengan mudah," tulisnya.

SAYS.com
Image via JPN (Facebook)

JPN kongsi cara mudah ganti MyKad yang rosak

Dalam perkongsian yang sama, JPN menunjukkan cara-cara bagi menggantikan MyKad yang sudah rosak iaitu:

  1. Hadir ke cawangan JPN.
  2. Ambil nombor giliran dengan pilih kategori 'ROSAK'.
  3. Serahkan MyKad dan maklumat diri.
  4. Bayar caj penggantian.

Ya, ada caj penggantian, RM10 untuk MyKad manakala RM40 untuk MyKAS dan MyPR.

SAYS.com
Image via JPN (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: