JPJ Perkenal Lesen Memandu Fizikal Berwajah Baru, Akan Diedarkan Secara Berperingkat

Difahamkan, lesen memandu fizikal baharu itu dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Buletin TV3 & Mupdate
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli mengumumkan kad Lesen Memandu Malaysia (LMM) itu telah mula diedarkan secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini

Menerusi laporan Buletin TV3, cetakan fizikal kad LMM versi baharu itu bagaimanapun hanya dibenarkan untuk pemohon kategori warganegara yang akan ke luar negara.

"Versi terkini ini berupaya mencegah unsur pengubahsuaian dan pemalsuan kad serta mempunyai daya tahan penggunaan untuk tempoh maksimum 10 tahun.

"Manakala dari aspek reka bentuk ilustrasi, LMM versi terkini mempunyai gambar latar belakang yang memaparkan Bangunan Sultan Abdul Samad dan motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan, serta Istana Negara dan motif abstrak flora pada bahagian belakang.

"Cetakan kad LMM untuk kategori yang dibenarkan pada masa ini sudah berlangsung secara berperingkat di cawangan JPJ tertentu bagi memberi masa kepada tempoh peralihan daripada sistem kad versi sebelumnya kepada versi terkini," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Motorbike Rental

Hanya Singapura yang sudah terima pengesahan lesen secara digital

Tambahnya lagi, sekiranya pemohon biasa membuat pembaharuan lesen, mereka hanya memperoleh lesen digital sahaja.

"Kalau pembaharuan macam biasa guna aplikasi MyJPJ. Kalau pemohon mahu keluar negara mereka boleh dapatkan lesen memandu fizikal ini.

"Kita tahu tidak semua negara menerima aplikasi MyJPJ. Hanya Singapura sudah terima tetapi ada negara yang tidak terima lesen memandu secara digital. Mereka perlu membawa lesen fizikal dan permit memandu antarabangsa (IDP) yang boleh dimohon di JPJ," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: