JPJ Laksana Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan Sempena CNY & Ini Senarainya
Hati-hati di jalan raya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pelaksanaan larangan pemanduan kenderaan barangan
JPJ menerusi sebuah kenyataan memaklumkan perkara ini dilaksanakan bagi memastikan kelancaran trafik serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya sepanjang musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2026.
"Penguatkuasaan ini akan bermula pada 14 Februari 2026 (Sabtu) hingga 15 Februari 2026 (Ahad) serta 21 Februari 2026 (Sabtu) hingga 22 Februari 2026 (Ahad).
"Semua pengusaha dan pemandu kenderaan terlibat dinasihatkan agar mematuhi ketetapan ini," menurut kenyataan itu.
JPJ turut memberi peringatan kepada pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat, dan merancang perjalanan dengan baik.
Berikut adalah kategori kenderaan yang terlibat:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 