Jom Semak Checklist Persiapan & Perkara Apa Anda Kena Sediakan Untuk Majlis Konvokesyen

Jangan lupa semua checklist ni dan tahniah diucapkan!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim konvokesyen tiba lagi! para graduan pasti tidak sabar menantikan saat ini

Konvokesyen ini akan menjadi antara momen yang manis dan bermakna dalam hidup anda. Iyalah, bukan semua orang dapat merasai naik pentas mengambil skrol seperti anda.

Jadi, pastinya ada beberapa perkara yang anda perlu teliti sebelum meraikan hari bermakna anda.

1. Semak dokumen atau borang konvo

Perkara pertama anda perlu lakukan adalah semak semula dokumen atau borang konvokesyen semasa anda mengambil jubah. Anda mungkin dikehendaki mengisi beberapa maklumat penting. Tidak lupa pengambilan pass untuk ibu bapa anda.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Moreapp

2. Semak tunggakan atau saman jika anda

Selain itu, anda juga perlu menyemak jika anda mempunyai sebarang tunggakan atau denda. Takut kalau anda tak selesaikan nanti tak boleh pula naik pentas. Ingat ya!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

3. Pilih pakaian yang sesuai

Pemilihan pakaian ini sangat penting, terutama buat kaum perempuan. Janganlah pula anda pakai baju yang meleret sehingga ke bawah, ataupun baju yang jarang. Pilih pakaian yang formal dan nampak kemas.

Tak lupa juga pemilihan kasut. Pilih kasut yang selesa dan tumit tak terlalu tinggi agar perjalanan anda mudah nanti di atas pentas.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Unisel

4. Sediakan gajet dan telefon bimbit

Tak sah rasanya kalau konvokesyen kita bergambar sebagai kenangan betul tak? Masa inilah kita nak meraikan kejayaan kita setelah bertahun-tahun lamanya.

Gajet yang paling penting sudah tentunya telefon bimbit. Pastikan telefon bimbit anda dicas sepenuhnya sebelum bermula majlis konvokesyen, barulah tak ketinggalan rakam momen indah.

Buat yang ada kamera, jangan lupa lakukan perkara yang sama!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cool Blue

5. Makan atau alas perut dahulu

Untuk graduan yang pertama kali menghadiri majlis konvokesyen, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu sebelum memasuki dewan. Takut lapar dan bertenaga pula nanti masa majlis bermula.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Halo Doc

6. Jangan lewat ke majlis

"Masa itu emas", jadi anda perlulah menepati masa apatah lagi di majlis konvokesyen anda. Pastikan anda keluar lebih awal untuk menggelakkan kesesakan lalu lintas agar perjalanan anda lebih lancar.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Png Tree

7. Pilih make up bersesuaian

Disebabkan ini adalah hari bermakna buat anda, jadi anda bolehlah bersolek ringkas atau yang bersesuaian dengan majlis. Jangan terlebih 'over' pula bersolek. Biarlah ringkas dan nampak elegan sesuai dengan wajah anda.

Raikan hari konvokesyen anda dengan gembira! 😀

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: