Jom Meriahkan Lagi Sambutan Hari Belia Negara 2025 Di Dataran Merdeka Hujung Minggu Ini!

Lebih 130 aktiviti menarik bakal menanti para pengunjung yang hadir.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia ke Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025 yang akan berlangsung dari 13 hingga 15 Jun 2025 ini yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Lebih 130 aktiviti menanti anda dengan tema 'Yakin Boleh' melalui 5 segmen utama, antaranya Port Jana Duit (TVET & kerjaya), Port Healing (kesihatan mental), Port Gaming (e-sukan), Port Wadah Insan, serta Pavilion ASEAN.

Program ini akan menampilkan penglibatan belia dari 10 negara ASEAN, diserikan lagi dengan Konsert Belia ASEAN, pameran kerjaya MYfutureJobs dan keusahawanan, perkongsian oleh pencipta kandungan digital, autoshow motosikal dan kereta, serta segmen TVET dan teknologi belia.

Majlis kemuncak sambutan ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu, 14 Jun 2025 jam 8 malam

Ia adalah sebagai simbol penghargaan tertinggi Kerajaan terhadap peranan belia dalam pembangunan negara.

Difahamkan, HBN 2025 dianjurkan bagi mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan rakan strategik dalam memperkasa pembangunan belia melalui pendekatan yang inklusif, progresif dan sejajar dengan arus Revolusi Industri 4.0.

Selain itu, aktiviti berbentuk cabaran, bengkel interaktif dan forum melibatkan tokoh-tokoh muda dalam bidang teknologi, inovasi dan kepimpinan turut diadakan.

Jom sama-sama kita meriahkan lagi sambutan Hari Belia Negara 2025!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: