Jom Heboh Kembali Gegar Batu Kawan! Siap Ada Konsert, Aktiviti Percuma & Servis JPJ Untuk Rakyat
Jumpa anda di sana!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Karnival paling legend, Karnival Jom Heboh, kembali lagi dan kali ini bergabung dengan Mega JPJ MADANI sempena ulang tahun ke-80 Jabatan Pengangkutan Jalan
Bertempat di Stadium Negeri Batu Kawan, karnival ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 April 2026.
Seperti yang ramai jangkakan, penganjuran kali ini tampil lebih meriah apabila menggabungkan elemen hiburan dan perkhidmatan komuniti dalam satu ruang yang santai dan mesra pengunjung.
PM Anwar Ibrahim dijadual hadir, acara bakal lebih 'power'
Menariknya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir bagi majlis peluncuran sambutan 80 tahun JPJ pada Sabtu.
Turut sama memeriahkan acara ialah Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, sekali gus menjadikan karnival ini lebih berprestij dan dinanti-nantikan.
Hiburan & servis rakyat dalam satu tempat
Sepanjang tiga hari, anda bukan sahaja dihiburkan, malah boleh menikmati pelbagai inisiatif JPJ seperti penukaran helmet, servis minyak hitam motosikal percuma serta penyertaan dalam JPJ Fun Run. Jualan nombor pendaftaran kenderaan turut dibuka, khususnya bagi yang mencari nombor eksklusif.

Dalam masa sama, suasana karnival dipenuhi aktiviti santai dan mesra keluarga seperti Battle of The Band, karaoke dan Explorace Ejen Ali. Pengunjung juga boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma serta menikmati agihan 12,000 pek nasi kari.
Lebih menarik, lebih 150 reruai pelbagai jenama akan memeriahkan lokasi, termasuk tarikan interaktif seperti Dunia Kreatif NSTP dan Studio Jom Heboh yang menampilkan segmen Jom Cantik serta inisiatif kitar semula untuk galakkan kesedaran alam sekitar.
Konsert & tarikan utama
Kemuncak acara pastinya Konsert Jom Heboh yang berlangsung selama dua malam berturut-turut.
Malam Sabtu bakal dimeriahkan oleh barisan artis popular seperti Siti Nurhaliza, Awie dan Shiha Zikir, manakala malam Ahad pula menampilkan nama-nama seperti Hael Husaini, Ara Johari dan kumpulan Floor 88.
Persembahan yang dijanjikan pastinya menjadi tarikan utama dan melengkapkan pengalaman karnival anda.

Tidak lengkap tanpa makanan, Love Food Fest turut menghimpunkan pelbagai vendor makanan viral dan tempatan, memberikan pilihan yang pelbagai untuk dinikmati sepanjang hari.
Secara keseluruhannya, Karnival Jom Heboh x Mega JPJ MADANI 2026 bukan sekadar acara hiburan biasa, tetapi sebuah platform yang menyatukan masyarakat melalui gabungan aktiviti gaya hidup, hiburan dan perkhidmatan rakyat.
Jadi, jika anda merancang untuk mengisi hujung minggu dengan sesuatu yang berbaloi, inilah destinasi yang patut anda tuju.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


