Jojie Aminuddin Kongsi Rahsia Awet Muda, Lancar Produk Baharu ‘Semanis By Jojie Beauty’

Semanis By Jojie Beauty dijual pada harga RM65 sekotak dengan 15 sachet.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, Rozita Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Jojie telah melancar produk terbaharunya iaitu 'Semanis By Jojie Beauty' baru-baru ini

Jojie yang juga merupakan kakak kepada ratu rock negara, Ella dilihat sentiasa kelihatan bertenaga, awet muda dan ceria sepanjang masa.

Kerap ditanya tips kekal muda dan jelita sekaligus membuatkan dirinya terpanggil untuk berkongsi rahsia yang sudah puluhan tahun diamalkan.

Mengamalkan bahan-bahan alami dan makanan sunnah, Jojie mahu semua pengguna merasai keaslian Semanis by Jojie Beauty yang lahir daripada pasukannya.

"Orang selalu tanya saya, apa rahsia kekal muda dan bertenaga walaupun usia saya dah 60 tahun. Saya memang pengamal makanan-makanan sunah seperti habatussauda.

"Bila dah selalu sangat orang tanya apa tips nak jadi macam saya, terfikirlah untuk keluarkan satu produk yang diinspirasikan oleh saya sendiri.

"Semanis ialah minuman campuran vitamin C dengan ekstrak blueberi, torula yeast ekstrak, ekstrak kulat putih, halia dan habatussauda sebagai ramuan utama," kongsinya.

Jojie Aminuddin

Image via @jojie.beauty (Instagram)

Ambil masa hampir setahun bagi proses kajian sebelum benar-benar yakin untuk memasarkan Semanis

Tambah Jojie, dia mengakui pengguna sudah mulai bijak sebelum membeli sesuatu produk agar tidak tertipu dengan bahan timbang kilo.

"Banyak cabaran dan dugaan yang perlu kami lalui sebelum terhasilnya Semanis. Malah, proses Research dan Development (R&D) juga ambil masa yang sangat lama sebab saya nak pastikan keberkesanan produk ini.

"Pengguna juga tidak perlu bimbang sebab saya sangat menekankan bahan-bahan yang digunakan dalam Semanis semuanya dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kami juga dah dapat ujian logam berat dan microbiologi bagi mengesahkan tiada pencemaran dalam Semanis,"
katanya.

Sementara itu, Jojie turut mendedahkan Ella antara orang pertama yang menjadi 'tikus makmal' Semanis bagi melihatkan hasil penggunaan produknya.

"Ella dah cuba Semanis dalam masa tiga hingga enam bulan. Memang dia beritahu dengan saya mengenai keberkesanan minuman ini.

"Sebagai seorang kakak dan pengasas produk, saya perlu berkongsi terlebih dahulu dengan ahli keluarga. Ella antara 'mangsa' saya (ketawa).

"Tapi benda yang baik dan untuk kesihatan dalaman, apa salahnya untuk kita berkongsi kebaikannya," ujarnya.

Untuk rekod, Semanis By Jojie Beauty dijual pada harga RM65 sekotak dengan 15 sachet dan orang ramai yang ingin mencuba sendiri Semanis, atau ingin menjadi sebahagian daripada pasukan Jojie Beauty, jangan tunggu lagi. Hubungi mereka segera di talian +607 943 5743 atau melalui media sosial @jojie.beauty!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: