Johor Catat Rekod Kesalahan Tertinggi Langgar Lampu Isyarat Merah
Difahamkan, punca utama kemalangan disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju.
Cover image via Motoqar
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebanyak 1,448 saman dikeluarkan oleh Polis Johor atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Utama yang dilancarkan selama tiga hari bermula pada Isnin lalu, 12 Mei 2025
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu bertujuan menumpukan penguatkuasaan bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan termasuk garisan berkembar, memandu sambil menggunakan alat komunikasi serta melebihi had kelajuan.
Difahamkan, kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah merekodkan jumlah saman tertinggi, iaitu sebanyak 547 saman.
"Selain itu, sebanyak 60 saman dikeluarkan atas kesalahan memotong di garisan berkembar, 55 saman menggunakan alat komunikasi semasa memandu dan 48 saman kerana memotong barisan," katanya.
Operasi itu bertujuan mendidik pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan
Sementara itu, sebanyak 263 saman lagi dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, aksesori tidak sempurna, ubah suai ekzos, tiada lesen atau lesen tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang keledar dan tiada perlindungan insurans.
Menurut beliau lagi, punca utama menyebabkan kemalangan adalah kecuaian pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju berdasarkan kajian yang dilakukan sejak Januari hingga April lepas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


