Jika Anda Sukakan Nutella, Cuba 7 Resipi Mudah Ini!
Anda hanya perlukan Nutella dan… bam! Sesuatu yang sangat enak.
Cover image via imgur.com1. Kek keju tanpa bakar Nutella
Bagi resipi mudah ini, anda perlukan **6 bahan** sahaja iaitu:
2/3 cawan Nutella
12 keping biscut 'Oreo', dihancurkan
3 sudu besar *unsalted butter*, di cairkan
1 cawan *cream cheese*, dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanilla
1 cawan *whipped cream*
**Cara membuat**:
Masukkan biskut 'Oreo' yang telah dihancurkan dan mentega yang telah dicairkan ke dalam mangkuk. Dan bahagikan adunan ke dalam bekas untuk dihidangkan.
Masukkan *cream cheese* dan Nutella ke dalam pengadun dan pukul sehingga sebati. Kemudian, campurkan vanilla ke dalam aduanan. Gunakan sudip untuk menggaul *whipped cream* dan kacau sehingga sebati.
Bahagikan adunan untuk dimasukkan ke dalam bekas untuk dihidang. Tutup bekas dengan pembalut makanan dan sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 2 ja sebelum dihidangkan.
Image via mybakingaddiction.com
2. Kek Nutella
Anda hanya perlukan **dua bahan sahaja** iaitu:
240g Nutella
4 biji telur (bersuhu bilik)
**Cara-cara membuat kek Nutella**:
Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan bekas acuan bulat kek berukuran 20cm dan ratakan kertas pembakar di permukaan acuan.
Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul dengan laju sehingga benar-benar gebu. Ia akan mengambil masa selama 5-7 minit.
Sementara itu, masukkan Nutella ke dalam mangkuk berasingan dan panaskan ke dalam *microwave* selama 15-20 saat sehingga lembut. Kemudian, masukkan 1/3 daripada telur yang telah dipukul kedalam adunan Nutella. Pastikan anda menggunakan sudu besi untuk menggaul dengan cara menggulung adunan sehingga sebati. Selepas itu, masukkan telur yang selebihnya ke dalam adunan sehingga adunan sebati.
Masukkan adunan yang telah dikacau sebati ke dalam acuan kek dan bakar selama 25-30 minit. Untuk memastikan kek anda cukup masak, cucuk lidi ke dalam kek. Sekiranya tiada sisa yang melekat di lidi, ia bermakna kek anda telahpun masak secukupnya.
Biarkan kek sejuk sebelum dialihkan daripada acuan dan dihidangkan.
Image via kidspot.com.au
Image via kidspot.com
3. Biskut Nutella
Untuk resipi ini, anda hanya perlukan **empat bahan sahaja** iaitu:
1 cawan Nutella
1 cawan (150g) tepung
1 biji telur
1/2 cawan (115g) gula kaster
**Cara-cara membuat biskut Nutella**:
Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan kertas pembakar di atas dulang pembakar biskut.
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengadun dan gaul sehingga adunan berbentuk doh. Anda juga boleh tambah cip coklat ke dalam adunan.
Ceduk satu sudu besar adunan dan bentukkan ke bentuk bulat. Kemudian, letakkan ke dalam dulang. Gunakan gelas rata untuk meratakan acuan ke bentuk leper.
Bakar selama 12 minit. Setelah dibakar, biarkan ia sejuk selama paling kurang 5 minit sebelum dialihkan ke dalam balang kaca atau dihidangkan.
Image via kidspot.com.au
Image via kirbiecravings.com
4. Cupcake Nutella
Bagi resipi ini, anda hanya perlukan **tiga bahan sahaja** iaitu:
1 cawan Nutella
3/4 cawan (120g) tepung naik sendiri
2 biji telur yang dipukul sedikit
**Cara-cara untuk membuat *cupcake* Nutella adalah**:
Panaskan ketuhar kepada 180°C. Sediakan acuan *cupcake* dengan 9 acuan dan letakkan kertas *cupcake*.
Masukkan Nutella, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Campurkan adunan dengan sudu besi sehingga sebati.
Isi acuan *cupcake* dengan adunan dan bakar sehingga 20-25 minit. *Cupcake* yang cukup masak akan melantun kembali apabila di picit sedikit di permukaan dengan jari.
Biarkan sejuk sebelum dialihkan dan dihidang.
Jika anda ingin menambah ***frosting***, anda boleh campurkan 1 cawan Nutella bersama *cream cheese*. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan *cupcake* anda.
Image via pinterest.com
5. Aiskrim Pisang
Untuk membuat aiskrim pisang, anda hanya perlukan **dua bahan sahaja iaitu**:
2 sudu besar Nutella
2 biji pisang bersaiz besar
**Cara-caranya**:
Potong pisang menjadi kecil dan simpan ke dalam peti sejuk selama paling kurang 2 jam. Apabila pisang telah beku, masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut.
Kemudian, masukkan Nutella ke dalam pisang yang telah dikisar dan kisar untuk beberapa saat lagi.
Alihkan ke dalam mangkuk kecil. Taburkan sedikit cip coklat dan hidangkan.
Image via buzzfeed.com
Image via buzzfeed.com
6. Roti bakar Nutella bersama marshmallow
Anda perlukan **empat bahan** ini:
Nutella
*marshmallow*
roti
mentega
**Cara untuk membuat**:
Letakkan *marshmallow* ke atas sekeping roti dan sapu Nutella ke atas sekeping roti lagi. Masukkan sedikit mentega ke dalam kuali dan apabila sudah cari, bakar roti yang di letakkan *marshmallow*. Pastikan *marshmallow* berada di permukaan. Kemudian, letakkan roti yang disapu Nutella di atas roti yang sedang dibakar. Terbalikkan untuk
Image via buzzfeed.com
Image via buzzfeed.com
7. Puding Nutella
**Bahan-bahan yang anda perlukan adalah**:
500g Nutella
800ml krim pekat
1 sudu besar air panas
2 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
**Cara-cara untuk membuat**:
Kacau krim dan Nutella di dalam kuali dengan suhu serdahana selama 3-4minit atau sehingga lembut.
Masukkan satu sudu besar air panas ke dalam mangkuk kalis panas dan masukkan sedikit serbuk agar-agar. Letakkan mangkuk tersebut ke dalam periuk berisi air mendidih. Kacau serbuk agar-agar sehingga ia cair.
Tuang agar-agar yang telah cair ke dalam adunan Nutella. Masukkan adunan ke dalam bekas untuk dihidang dan biarkan sejuk selama lebih kurang 6 jam.
Sebagai hiasan, anda boleh letakkan sedikit *whipped cream* ke atas puding dan taburkan sedikit serbuk koko sebelum dihidangkan.
Image via taste.com.au

