Jerit Kuat Sebelum Lemas, Budak Perempuan Mandi Sungai Ini Berjaya Diselamatkan
Nasib baik ada yang perasan.
Cover image via @danialazman691 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak untuk bercuti pada cuti persekolahan yang lepas
Salah satu lokasi percutian adalah sungai dan air terjun. Tidak dinafikan, ramai keluarga yang suka berkelah di tepi sungai sambil mandi-manda. Namun, keselamatan anak-anak haruslah dijaga.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan hampir lemas semasa mandi sungai telah mencuri tumpuan.
Budak perempuan itu bermandi-manda bersama keluarganya di sekeliling. Akibat leka, dia tak sengaja berada di sungai yang lebih dalam sehingga dia tercungap-cungap.
Orang sekelilingnya tidak perasan tindakannya sehinggakan dia hampir lemas. Mujur, ada lelaki yang berada tempat berjauhan sempat pergi ke arahnya dan menyelamatkan budak perempuan itu.
Image via @danialazman691 (TikTok)
Image via @danialazman691 (TikTok)
"Tepi budak tu pun tak tau ke kawan tu tengah lemas, nasib baik semua selamat" – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 61K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Malah, ada juga yang menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka.
Berikut merupakan komen netizen di TikTok:
Image via @danialazman691 (TikTok)
Image via @danialazman691 (TikTok)
Image via @danialazman691 (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Allahu, nasib baik ada yang datang dan cepat selamatkan budak tu 🙁
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

