Gambar & Video Keadaan Jerebu Teruk Di Sekitar Negara Hari Ini. Tak Nampak Apa Langsung!

'Dia' dah kembali 🙁

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama Radio
Logo

"Selamat kembali jerebu"

Itu mungkin ucapan sinis sebilangan daripada kita apabila melihat ruang udara negara kita hari ini.

Saban tahun kita melalui masalah yang sama dan boleh dikatakan hampir pada setiap bulan yang sama.

Hari ini, jerebu dapat dilihat di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia, meskipun bacaan **Indeks Pencemaran Udara (IPU)** masih berada di tahap sihat.

Masih segar di ingatan bagaimana pencemaran udara ini 'memerangkap' kita tahun lalu dan hari ini sekali lagi 'beliau' berkunjung ke tanah Malaysia.

Para netizen juga mengambil kesempatan untuk berkongsi rakaman gambar situasi jerebu di kawasan masing-masing yang berlaku sejak pagi tadi.

Bagaimanapun, sebentar tadi Astro Awani melaporkan jerebu dijangka tidak teruk seperti tahun lalu

Kenyataan tersebut dibuat oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kebarangkalian itu mengambil kira taburan hujan di Sumatera dan tindakan proaktif pihak Indonesia dalam menangani jerebu yang berlaku kali ini.

Sehingga kini, Pasir Gudang mencatat bacaan IPU yang paling tinggi iaitu 104

Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan dijangkiti sebarang penyakit.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Masih ingat lagi keadaan jerebu teruk melanda negara jiran tahun lalu?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: