Jepun ‘Ban’ Guna Power Bank Dalam Pesawat, Pesalah Boleh Didenda RM25,000 Atau 2 Tahun Penjara

Take note kepada yang nak travel ke Jepun tu!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Masanobu Nakatsukasa/The Yomiuri Shimbun/AFP & Melissa/Cfoto/AFP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakyat Malaysia yang nak travel ke Jepun, pastikan anda cakna dengan peraturan melibatkan power bank ketika menaiki pesawat

Walaupun power bank masih dibenarkan di dalam pesawat, menggunakannya semasa penerbangan kini boleh menyebabkan anda menghadapi masalah yang serius.

Bermula 24 April 2026, Jepun akan melaksanakan peraturan keselamatan penerbangan baharu yang ketat yang menyasarkan pengecas mudah alih ini, susulan peningkatan insiden kebakaran melibatkan bateri dalam pesawat secara global.

Peraturan baharu ini dikeluarkan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) Jepun, selaras dengan piawaian keselamatan antarabangsa yang dikemas kini.

SAYS.com

Seorang pramugari menerangkan cara menggunakan power bank di Lapangan Terbang Haneda pada 14 April.

Image via Kaname Muto/The Yomiuri Shimbun/AFP

Anda boleh bawa power bank ke dalam pesawat tetapi anda tidak dibenarkan menggunakannya

Penumpang masih dibenarkan membawa power bank, tetapi menggunakannya semasa penerbangan adalah dilarang sama sekali.

Ini termasuk:

  • Mengecas telefon atau komputer riba anda menggunakan power bank
  • Mengecas power bank itu sendiri menggunakan port USB atau soket kuasa pesawat

Walau bagaimanapun, anda masih boleh mengecas peranti anda dengan menggunakan bekalan kuasa terbina di dalam pesawat, jika tersedia.

Hanya dua power bank dibenarkan untuk setiap penumpang

Peraturan baharu ini juga memperkenalkan had tetap:

  • Maksimum dua bank kuasa setiap orang
  • Setiap unit tidak boleh melebihi 160Wh

Perturan ini terpakai tanpa mengira saiz, walaupun power bank yang lebih kecil, juga termasuk dalam had keseluruhan ini.

Sekatan ini secara khusus menyasarkan 'bateri mudah alih', iaitu power bank yang digunakan untuk mengecas peranti elektronik lain.

Jika anda membawa bateri ganti (seperti untuk kamera atau dron):

  • Bateri di bawah 100Wh pada masa ini tidak mempunyai sekatan
  • Ia masih mesti dilindungi dengan betul daripada risiko litar pintas

SAYS.com
Image via Melissa/Cfoto/AFP

Apa yang penting adalah di mana tempat anda menyimpannya

Penumpang juga mesti mematuhi peraturan pengendalian yang lebih ketat:

  • Power bank mesti berada di dalam carry-on baggage sahaja
  • Ia tidak boleh diletakkan di dalam checked luggage
  • Ia mesti disimpan dalam jangkauan, seperti di dalam poket tempat duduk atau di bawah tempat duduk
  • Menyimpannya di dalam compartment atas kepala adalah tidak dibenarkan

Menurut MLIT, ia bertujuan untuk persediaan jika bateri terlalu panas atau terbakar, ia mesti dikesan dan dikendalikan dengan segera.

SAYS.com
Image via Kaname Muto/The Yomiuri Shimbun/AFP

Kenapa berlakunya penguatkuasaan ini secara tiba-tiba?

Pihak berkuasa mengatakan langkah itu diambil selepas peningkatan insiden melibatkan asap dan kebakaran global membabitkan bateri litium-ion pada pesawat.

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) meluluskan kemas kini kecemasan kepada piawaian keselamatan pada Mac 2026, mendorong Jepun untuk bertindak pantas.

Walaupun pengumuman itu sendiri tidak menyatakan hukuman yang tepat, ia menyatakan bahawa pelanggaran berada di bawah Akta Aeronautik Awam Jepun.

Di bawah undang-undang itu, pesalah boleh menghadapi:

  • Denda sehingga 1,000,000 yen (sekitar RM25,000)
  • Penjara sehingga dua tahun untuk kes yang serius

Penalti ini terpakai kepada pelanggaran seperti melebihi had, penyimpanan yang tidak betul dan mengabaikan peraturan larangan penggunaan.

Apa kesannya untuk rakyat Malaysia yang nak terbang ke Jepun?

Jika anda terbang dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia X atau syarikat penerbangan tambang rendah lain, peraturan ini boleh dikenakan dengan lebih tegas kerana kebanyakan pesawat ini tidak mempunyai soket kuasa di tempat duduk, yang bermaksud:

  • Anda tidak akan dapat menggunakan power bank
  • Anda mungkin tidak dapat mengecas telefon anda sama sekali semasa penerbangan

Pendek kata, apa sahaja jenis bateri yang anda ada semasa menaiki pesawat sememangnya tidak boleh digunakan sehingga mendarat.

Dengan penguatkuasaan yang ketat dan penalti yang berat, ini adalah satu peraturan perjalanan yang perlu anda ambil serius.

SAYS.com
Image via Masanobu Nakatsukasa/The Yomiuri Shimbun/AFP

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik