12 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dijual Di Kantin Sekolah Yang Anak Anda Makan Hari Ini
'Healthy Children, Healthy Nation'
Cover image via SAYSKantin sekolah adalah tempat utama yang akan dikunjungi pelajar-pelajar menjelang waktu rehat. Yelah, waktu ni lah pelajar-pelajar nak mengisi perut yang sedang lapar tu.
Teringat lagi kami sewaktu zaman sekolah, memang macam-macam makanan yang dijual di kantin. Kalau rapat sikit dengan makcik kantin, ada rezeki akan dapatlah makanan *free* Hehe..
Namun, buat ibu bapa di luar sana, pernah atau tidak anda bertanyakan makanan apa yang dimakan oleh anak-anak anda di sekolah? Adakah anda pasti anak anda mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat?*
Sebenarnya, terdapat beberapa jenis makanan yang dilarang untuk dijual di sekolah yang mungkin kita semua tak tahu.
Jom ikuti perkongsian pengguna Facebook bernama Azimah Zainal ketika beliau menghadiri pelancaran kempen #SukuSukuSeparuh di Melaka ini:
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
1. Makanan yang diproses
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
2. Makanan dan minuman yang melebihi tarikh luput
Image via Azimah Zainal/Facebook
3. Gula-gula dan coklat
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
4. Makanan yang telah dijeruk
Image via Azimah Zainal/Facebook
5. Makanan ringan
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
6. Makanan yang berkrim atau bersalut gula
Image via Azimah Zainal/Facebook
7. Produk makanan segera
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
8. Makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan
Image via Azimah Zainal/Facebook
9. Produk konfeksi ais dan aiskrim
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
10. Minuman yang dibancuh menggunakan kordial, krimer / 3 dalam 1
Image via Azimah Zainal/Facebook
11. Teh dan kopi
Image via Azimah Zainal/Facebook
12. Minuman tenaga
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
Post ini telah mendapat lebih 17 ribu perkongsian di Facebook. Bagaimanapun, kebanyakan netizen mempertikaikan senarai makanan tersebut.
Menurut mereka, makanan sebegini bukan saja ada dijual di kantin malah di koperasi termasuklah dijual oleh guru-guru sekolah sendiri.
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
Rata-rata pengusaha kantin juga turut terkesan dengan senarai tersebut. Ada yang mengatakan sewa kantin agak mahal dan sekiranya banyak makanan yang tidak boleh dijual, ia akan menjejaskan perniagaan mereka.
Ini termasuk juga para ibu bapa yang mempersoalkan kemampuan anak-anak untuk membeli makanan-makanan sihat yang kebanyakannya lebih mahal.
Makanan seperti buah-buahan dan minuman susu kotak adalah antara jualan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
Image via Azimah Zainal/Facebook
Senarai makanan dan minuman yang dilarang dijual ini telah dimasukkan ke dalam Garis Panduan Kantin Sekolah Sihat yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


