Jenama Di Malaysia Berisiko Hilang Nilai Bilion Ringgit Tanpa Fokus Strategi Untuk Hadapi Tahun 2026

Malaysia yang kini berada di tangga ke-36 dalam Global Soft Power Index 2025 dengan skor 46.1 – Brand Finance, 2025.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kajian antarabangsa mendedahkan jenama di seluruh dunia kehilangan nilai belum direalisasi berjumlah USD200 bilion (RM947 bilion) dalam tempoh dua tahun lalu akibat strategi jangka pendek dan kurang fokus terhadap pembangunan jenama jangka panjang (Interbrand, 2024)

Malaysia yang kini berada di tangga ke-36 dalam Global Soft Power Index 2025 dengan skor 46.1 (Brand Finance, 2025) dilihat berada pada persimpangan penting sama ada memperkukuh strategi jenama atau berisiko hilang daya saing di pasaran serantau dan global.

Bagi menangani cabaran itu, CTOS Data Systems bekerjasama dengan KNKV Group dan Muslim Insiders Chamber of Commerce menganjurkan National CEO Forum 2025 (NCF2025) baru-baru ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Forum tertutup yang menghimpunkan 200 CEO, pemimpin GLC dan pembuat dasar itu akan membincangkan tema Brand Growth and Focus 2026 bagi merangka hala tuju dan strategi jenama berasaskan data untuk tahun hadapan.

SAYS.com
Image via Muslim Insiders Chamber of Commerce

Menurut Ketua Pegawai Operasi CTOS Data Systems, Lee Shin Mei, ekuiti jenama adalah aset perniagaan yang nilainya boleh berubah dengan pantas mengikut pasaran.

"Peranan CTOS adalah membantu pemimpin perniagaan mendapatkan kecerdasan data dan pandangan pasaran yang tepat untuk melindungi dan mengembangkan nilai jenama mereka," katanya.

SAYS.com

Ketua Pegawai Operasi CTOS Data Systems, Lee Shin Mei

Image via Muslim Insiders Chamber of Commerce

Jadi pentas eksklusif yang menghimpunkan barisan pemimpin industri, tokoh korporat terkemuka dan pembuat dasar negara dalam satu wacana strategik berimpak tinggi

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group, Prof. Adj. Adam Richman berkata, forum ini memberi peluang kepada jenama jenama yang hadir untuk memperkukuh kedudukan dan fokus supaya dapat mendominasi pasaran pada 2026.

Untuk rekod, forum berprestij ini, dianjurkan oleh Muslim Insider Chamber of Commerce bersama KNKV Group sebagai penganjur bersama (Co-Organizer), disokong oleh CTOS Data System selaku Rakan Semakan (Due Diligence Partner), SIRIM QAS International sebagai Rakan Inovasi (Innovation Partner), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai Rakan Strategik (Strategic Partner) dan firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM) sebagai Rakan Guaman Rasmi (Legal Partner) serta Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur selaku Venue Partner.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group, Prof. Adj. Adam Richman

Image via Muslim Insiders Chamber of Commerce

KNKV Group Sdn. Bhd. bersedia menjadi rakan strategik kepada jenama-jenama yang ingin melonjakkan kandungan kreatif mereka ke tahap baharu bagi membantu memperkasakan setiap jenama melalui set strategi eksklusif yang dirangka khusus. Dengan ini, ia akan mengatasi jangkaan pelanggan, sekali gus membina hubungan yang lebih kukuh dan berimpak tinggi.

SOROTAN FORUM:

  • Taklimat kecerdasan pasaran oleh CTOS: kesihatan jenama, trend kredit dan prospek keyakinan pengguna 2026.
  • Perkongsian data Interbrand & Brand Finance untuk konteks industri Malaysia.
  • Sesi meja bulat tertutup bersama CEO mengikut sektor.
  • Peluang jaringan antara pemimpin korporat, GLC dan agensi kerajaan.

Dapatkan idea dan strategi konsultansi dengan layari www.knkvgroup.com serta laman web rasmi nationalceoforum.com untuk maklumat lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: