Jangan Tampal Kertas Hiasan Pada Peti Sejuk, Memang Cantik Tapi Boleh Undang Kebakaran

Cantik tapi bahaya baik tak payah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via YouTube | & DIY Network
Logo

Dah biasa sangat kita tengok peti sejuk yang ditampal dengan kertas hiasan untuk bagi nampak lebih cantik, kan?

Image via Aunt Peaches

Kertas hiasan atau contact paper selalunya ditampal pada peralatan elektrik untuk memberi wajah baru yang lebih menawan atau untuk menyembunyikan kecacatan seperti calar.

Trend ini tampak seperti normal dan telah dilakukan oleh ramai orang, sama juga seperti menampal wallpaper pada dinding.

Walaupun seakan sama, perbuatan menampal kertas hiasan pada peralatan elektrik sebenarnya boleh mengundang bahaya

Ini kerana kertas hiasan ini adalah bahan mudah terbakar.

Bukan setakat kertas hiasan, Public Health Malaysia juga memberi amaran bahawa bahan mudah terbakar lain seperti langsir, ropol, dan bunga hiasan perlu dielakkan daripada diletakkan berhampiran dengan dapur.

Image via null

Begitu juga dengan peralatan elektrik seperti peti ais. Peti ais tidak perlu dipakaikan tudung, tidak perlu dilapik dan dibungkus dengan wallpaper.

Membungkus peti ais dan barang elektrik akan menyebabkan haba dari barang elektrik tidak dapat dibebaskan dengan berkesan

Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas hiasan pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.

Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.

Oleh itu, elakkanlah. Bak kata pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan'.

Image via null

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda suka makan gula-gula ni? Haaa jangan main makan je!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: