Jangan Sembarangan Bagi IC! Hanya 5 Pegawai Ini Dibenarkan JPN Untuk Check Kad Pengenalan

Kena tahu hak kita!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Xtra & Andy Hall
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita mesti pernah merasai situasi di mana pengawal keselamatan meminta dan memegang kad pengenalan (MyKad) bukan?

Tahukah anda, pengawal keselamatan langsung tidak mempunyai kuasa mahupun hak untuk meminta, memegang atau mengimbas MyKad orang awam.

Menurut kenyataan yang diberikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi laporan Bernama, hanya lima kategori pegawai dibenarkan berbuat demikian di bawah Peraturan 7(1), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Berikut adalah senarainya:

  • Pegawai JPN
  • Pegawai Polis
  • Pegawai Kastam
  • Anggota tentera yang sedang bertugas
  • Pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara

Image via JPN

Sebarang penggunaan alat elektronik oleh pihak swasta untuk mengimbas MyKad turut tidak dibenarkan

JPN menegaskan bahawa penggunaan alat elektronik untuk mengimbas data MyKad juga tidak dibenarkan kerana ia tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

"Sebarang tindakan oleh pengawal keselamatan untuk meminta atau menyimpan kad pengenalan melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

"Sebarang pemprosesan data peribadi oleh pihak swasta tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, yang menetapkan garis panduan dan kewajipan untuk melindungi maklumat peribadi individu," kata JPN.

Isu ini timbul susulan tindakan seorang pengawal keselamatan di sebuah premis yang didakwa menggunakan peranti elektronik untuk mengimbas MyKad.

JPN menyarankan orang ramai supaya tidak menyerahkan kad pengenalan kepada mana-mana individu yang tidak diberi kuasa di samping untuk segera melaporkan sebarang pelanggaran hak kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: