Jangan Mudah Melatah Dengan Rage Bait, Manusia Normal Tak Rendahkan Course Lain – Haze

Jangan bagi 'highlight' dekat orang yang tak sepatutnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @hazemanhuzir (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Influencer dan figura tempatan, Hazeman Huzir beri pesanan supaya orang ramai untuk tidak mudah terumpan dengan rage bait

Menerusi video hantarannya di TikTok, pempengaruh yang lebih mesra dipanggil Haze itu berkongsi nasihatnya untuk orang ramai supaya tidak mudah termakan umpan rage bait yang dilakukan oleh individu yang mahu mendapatkan engagement dengan mudah.

"Macam mungkin dia sekarang ni tengah tak relevan, dia punya engagement tengah drop so dia nak dapatkan semula perhatian, apa yang dia buat adalah mengumpan kemarahan orang lain semualah.

"Saya tak rasa manusia normal lain akan cakap macam tu dekat course orang lain melainkan dia mempunyai sebuah objektif lain. Aku pernah cakap sebelum ni media sosial punya currency is attention, duk sibuk bagi dia perhatian kenapa.

"Orang tua pernah cakap masuk hutan nampak benda pelik jangan tegur, ini kita nampak benda pelik pergi tegur kenapa, block sudah. Sedangkan korang yang terumpan dengan dia punya strategi," katanya.

Image via TikTok

Gaya dan strategi yang digunakan oleh individu membuat kandungan rage bait dilihat boleh bawa imej negatif

Tambah Haze, strategi rage bait yang digunakan individu bagi mendapatkan engagement akan memberikan tanggapan negatif kepada mereka.

"Ni satu lagi aku nak pesan, kalau korang terinspirasi nak dapatkan semula engagement daripada style dia ni, jangan tau.

"Content creator yang banyak dapat collaboration dengan brand yang besar, adalah content creator yang brand safe, selamat untuk mereka mempromosikan mereka punya produk di media sosial.

"Kalau engkau tak brand safe, cuba pakai otak, adakah brand besar ini nak meletakkan imej mereka produk mereka di dalam sebuah platform yang tidak brand safe?" ujarnya.

Lihat video penuh di bawah:

@hazemanhuzir

Jurusan Sains Bahasa & Sastera Bahasa Inggeris, Universiti Islam Antarabangsa (status habis belajar). Arab level 6.

original sound – Hazeman Huzir

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: