Jangan Masuk Kereta Kalau Ternampak 4 Benda Ini, Wanita Kongsi Situasi Bahaya
Yang drive seorang diri tu berhati-hati ya.
Cover image via @purplebloom.store (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang individu meminta orang ramai terutamanya pemandu wanita untuk berhati-hati jika berhadapan dengan beberapa situasi sebelum masuk ke dalam kereta di tempat parkir
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, dia berkata kawasan parkir selalunya menjadi tempat kegemaran penjahat sebab sunyi.
"Kalau dia buat jahat, memang tak ada orang tolong you. Kalau you nampak empat benda ni, jangan masuk kereta sorang-sorang," katanya.

Sekiranya berhadapan dengan empat situasi di bawah, wanita itu meminta supaya lebih berhati-hati sebelum masuk ke dalam kereta
"First, nampak beg dekat tayar kereta. Dua, duit terselit dekat wiper. Tiga, kertas diselit dekat pintu, dan last ada troli belakang kereta," kongsinya.




Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



