Jana Kerja Malaysia Sasar 2,000 Peluang Kerjaya Minyak & Gas Untuk Belia – “Latihan 12 Hari Terus Kerja”

Peluang ini terbuka kepada belia berumur 18 hingga 30 tahun, termasuk lepasan SPM atau tidak mempunyai latar belakang akademik tinggi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Jana Kerja Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hanya 12 hari latihan sudah mampu membuka laluan kerjaya dalam industri minyak dan gas

Itulah antara keunikan inisiatif Jana Kerja Malaysia yang kini menyasarkan 2,000 peluang pekerjaan kepada belia tempatan sepanjang tahun ini, sekali gus menepis persepsi bahawa sektor berimpak tinggi itu sukar ditembusi.

Inisiatif berkenaan diterajui oleh Arena Edu Ventures Sdn. Bhd., yang telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Blitz Training & Consultancy Sdn. Bhd. serta syarikat induknya, HRSB Holdings Sdn. Bhd., bagi memperkukuh pembangunan tenaga kerja tempatan dalam industri minyak dan gas.

Kerjasama strategik ini dilihat sebagai persediaan bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir menjelang pelaksanaan projek turnaround dan shutdown berskala besar yang dijadualkan sepanjang tahun 2026.

SAYS.com
Image via Jana Kerja Malaysia

Program di bawah Jana Kerja Malaysia memberi fokus kepada beberapa bidang teknikal utama termasuk Pipe Insulation, Scaffolding Erector dan Mechanical Fitter, selain beberapa bidang lain yang mempunyai permintaan tinggi.

Bagi tahun ini sahaja, industri memerlukan sekurang-kurangnya 150 orang Pipe Insulation, 800 pekerja Scaffolding dan 200 orang Mechanical. Peluang ini terbuka kepada belia berumur 18 hingga 30 tahun, termasuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mereka yang tidak mempunyai latar belakang akademik tinggi.

Peluang luas untuk belia, syarat kemasukan minimum

Pengarah Arena Edu Ventures (M) Sdn. Bhd., Muhammad Faisal Suhaimi berkata, kriteria kemasukan adalah rendah dan bersifat inklusif.

"Calon hanya perlu boleh membaca dan mengira, sihat tubuh badan serta mempunyai minat. Mereka yang kurang cemerlang dalam SPM tidak seharusnya menganggap masa depan mereka gelap kerana industri ini menawarkan pasaran kerja yang sangat luas.

"Tahun lalu sahaja, hampir 90 peratus calon yang menyertai program latihan melalui Jana Kerja berjaya mendapat pekerjaan, termasuk 469 orang dalam bidang Scaffolding,"
katanya.

SAYS.com
Image via Jana Kerja Malaysia

Menurut Pengurus Besar Blitz Training & Consultancy Sdn. Bhd., Zulfaizal Noordin, bagi bidang Scaffolding yang hanya memerlukan 12 hari latihan asas. Tempoh singkat itu diisi dengan modul teknikal intensif yang dibangunkan berdasarkan keperluan sebenar industri.

"Calon akan melalui proses saringan awal termasuk ujian minat dan kesesuaian bagi memastikan hanya individu yang benar-benar bersedia dan berdisiplin dipilih. Semua latihan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman yang datang terus dari industri.

"Selepas latihan asas, peserta akan memasuki fasa inkubator industri selama tiga bulan, di mana latihan diteruskan dalam persekitaran kerja sebenar. Dalam tempoh ini, peserta dibayar gaji minimum, sebelum penilaian dibuat untuk menentukan tahap kemahiran dan penempatan yang sesuai," ujarnya.

Tawaran gaji yang lebih tinggi akan diberikan selepas tempoh tiga bulan, sejajar dengan peningkatan pengalaman dan kecekapan. Dalam jangka panjang, pendapatan pekerja sangat bergantung kepada kemahiran, dengan sesetengah pekerja mahir seperti pengimpal berpotensi memperoleh pendapatan mencecah RM1,000 sehari.

Konsep 'semua dalam satu hub'

Untuk melayakkan diri bekerja di loji minyak dan gas, calon perlu melengkapkan beberapa keperluan termasuk pensijilan keselamatan, pemeriksaan kesihatan serta induksi. Melalui Jana Kerja Malaysia, semua proses ini diuruskan sepenuhnya dari A hingga Z.

Calon akan dibimbing untuk mendapatkan Oil & Gas Safety Passport (OGSP), CIDB Green Card, menjalani pemeriksaan kesihatan serta mengikuti induksi mengikut lokasi loji di bawah Petronas atau syarikat mereka bakal bekerja. Setiap loji mempunyai keperluan induksi berbeza dan turut melibatkan tapisan keselamatan ketat selaras dengan status loji sebagai aset strategik negara.

SAYS.com

Naib Presiden Eksekutif, Usaha Niaga Korporat & Pertumbuhan Strategik HRSB Holdings Sdn. Bhd., Datuk Mohd Sabri Zahari

Image via Jana Kerja Malaysia

Naib Presiden Eksekutif, Usaha Niaga Korporat & Pertumbuhan Strategik HRSB Holdings Sdn. Bhd., Datuk Mohd Sabri Zahari berkata, industri minyak dan gas amat memerlukan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi.

"Bidang ini bukan seperti kerja biasa. Ia menuntut pematuhan ketat terhadap peraturan keselamatan dan kelengkapan sijil. Sebab itu Jana Kerja Malaysia berperanan sebagai penghubung yang menyediakan calon lengkap dengan kemahiran dan pensijilan.


"Jika calon melepasi saringan, sihat tubuh badan, tiada rekod jenayah dan mematuhi polisi industri, saya boleh katakan peluang untuk bekerja adalah hampir 100 peratus. Kami di HRSB Holdings Sdn. Bhd yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang minyak dan gas telah melahirkan seramai lebih 17,000 pekerja sepanjang beroperasi

"Konsep 'semua dalam satu hub' yang diterapkan memastikan calon tidak perlu berulang-alik atau mengurus sendiri proses rumit untuk memasuki industri ini. Malah, tenaga kerja mahir Malaysia turut mendapat permintaan tinggi di luar negara, khususnya di Timur Tengah yang mengiktiraf kualiti dan kemahiran pekerja tempatan,"
kata Mohd Sabri Zahari.

SAYS.com
Image via Jana Kerja Malaysia

Bimbingan kerjaya dan transformasi minda

Selain latihan dan penempatan pekerjaan, Jana Kerja Malaysia turut memperkenalkan Program Transformasi Minda yang memberi pendedahan awal tentang cabaran sebenar industri minyak dan gas, disiplin kerja, pengurusan kewangan serta perancangan laluan kerjaya sehingga lima tahun akan datang.

"Ada kalanya belia yang ingin bekerja dalam indutsri minyak dan gas mereka tidak tahu tahap kesukaran dan cabaran yang harus dilalui. Kami tidak hanya menyediakan latihan dan pekerjaan tetapi bimbingan untuk peningkatan laluan kerjaya dalam tempoh lima tahun akan datang. Jadi, mereka dapat bersedia dari awal kerana sudah dapat gambaran menyeluruh tentang industri ini,"
ujar Pengarah Pemasaran Arena Edu Ventures (M) Sdn. Bhd. Raja Mohd Khairi Raja Raimi.

Secara keseluruhan, Jana Kerja Malaysia bukan sekadar platform latihan atau penempatan pekerjaan, tetapi jambatan sah dan berstruktur yang menghubungkan belia dengan industri minyak dan gas. Bagi anak muda yang mencari peluang sebenar untuk mengubah masa depan, inisiatif ini membuka laluan kerjaya dengan lebih pantas, jelas dan diyakini.

Buat belia yang ingin sertai program latihan yang dianjurkan oleh platform Jana Kerja Malaysia dan bekerja dalam industri minyak dan gas, boleh layari https://janakerja.my/!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: