Jamuan Raya Sekolah Macam Buffet Hotel! – “Takda Dah Budak Kecil Hati Makanan Tak Sentuh”
Lagi seronok macam ni!
Cover image via @mimijklmnopqrst (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali tiba hari raya Aidilfitri, tak sahlah kalau tak ada jamuan raya dianjurkan di sekolah bukan?
Kalau kita imbas kembali zaman sekolah dulu, jamuan raya di sekolah kebiasaannya dianjurkan dalam satu hari tetapi hanya diadakan mengikut kelas masing-masing di mana pelajar perlu bawa makanan sendiri buat style potluck.
Namun begitu, lain pula yang ditunjukkan apabila sebuah sekolah menganjurkan jamuan raya dengan cara mereka tersendiri.
Menerusi perkongsian @mimijklmnopqrst, dia yang juga merupakan guru di sekolah tersebut berkongsi kelainan jamuan raya yang dilihat seperti buffet di hotel.
Image via TikTok
Pelajar tak perlu bayar apa-apa, semua makanan adalah sumbangan daripada PIBG
Menerusi video tersebut, guru itu berkongsi jamuan yang dianjurkan mempunyai sehingga 7 kiosk makanan dan minuman yang pelbagai.
Dia turut berkongsi para pelajar dapat menikmati juadah secara percuma memandangkan semua hidangan adalah sumbangan daripada PIBG.
"Pelajar tak perlu bayar, ada sumbangan dari PIBG sumbangan dari parents dan cikgu top up sana sikit sikit.
"Sekolah kami terpulang pada ibu bapa nak bawa makanan atau sumbangan duit. Kami tak wajibkan berapa amount.
"Lagi satu nampak macam anak-anak bawa bekas sendiri untuk isi makanan, ini sangat bagus tak membazir dan merosak alam sekitar dengan timbunan sampah," katanya di ruangan komen.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


