Jalan Gerik-Jeli Bakal Lebih Cerah, JKR Akan Pasang Dengan 385 Lampu Jalan Solar Baharu

Pemasangan lampu jalan solar di laluan Gerik-Jeli termasuk di lokasi nahas yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI pada Isnin.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Jom Jalan & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memasang sebanyak 385 lampu jalan jenis solar di laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli

Ia termasuk pemasangan di kawasan lokasi nahas bas yang telah meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Isnin.

Menerusi laporan Sinar Harian, Pengarah JKR Perak, Ir Zamri Mat Kasim berkata, keputusan pemberian tender bagi pemasangan lampu jalan tersebut dijangka diketahui pada Julai tahun ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Jom Jalan

Kemalangan bukan berpunca daripada jalan gelap sebaliknya lain

Menurut Ir Zamri, kemalangan yang berlaku pada awal pagi Isnin itu bukan berpunca daripada keadaan jalan yang gelap, sebaliknya kelajuan kenderaan seperti yang dilaporkan oleh pihak polis.

"Lampu jalan serta keadaan gelap bukan punca utama kemalangan. Kawasan tersebut juga telah mendapat peruntukan untuk diturap semula permukaan jalan serta garisan jalan.

"Pemantauan terkini di tapak mendapati permukaan jalan dalam keadaan baik dan tiada lubang. Perabot jalan juga sempurna seperti penghadang jalan, chevron dan papan tanda," katanya.

Tambau beliau, pasukan forensik Cawangan Jalan dari Ibu Pejabat JKR kini berada di lokasi kejadian untuk menjalankan kajian dan menyediakan laporan lanjut.

Sebelum ini, insiden yang berlaku sekitar jam 1 pagi, seramai 15 pelajar disahkan meninggal dunia, manakala 27 lagi mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Gerik serta Hospital Baling, Kedah.

Pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindan berusia 54 tahun turut dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: