JAKIM Arah Tarik Balik Produk Makanan Indonesia, Dikesan Mengandungi DNA Babi
JAKIM mengambil tindakan penarikan balik produk terbabit daripada pasaran Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengarahkan pengimport produk makanan daripada Indonesia untuk ditarik balik
Ia susualan produk itu yang didapati mengandungi DNA babi (porsin) sehingga mengambil tindakan penarikan balik produk terbabit daripada pasaran Malaysia.
JAKIM menerusi laman sosial memberitahu Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihak terbabit diarahkan untuk segera menghubungi jabatan itu.
Tambahnya, langkah terbabit sejajar dengan prinsip utama memelihara hak pengguna Muslim dan memastikan integriti sistem pensijilan halal negara sentiasa terpelihara serta diyakini.
"Justeru, JAKIM menyeru orang ramai turut memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat atau aduan sekiranya menjumpai produk tersebut di pasaran menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim di pautan https://islam.spab.gov.my/eApps/system/index.do," katanya.
Sirajuddin memberitahu JAKIM memandang serius pengumuman rasmi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia, semalam berhubung penarikan balik produk makanan didapati mengandungi DNA babi (porsin) daripada pasaran Indonesia.
11 kelompok daripada sembilan produk makanan dikesan mengandungi DNA babi (porsin)
Dalam pada itu, JAKIM menyokong penuh tindakan tegas dan proaktif pihak berkuasa Indonesia dalam menangani isu pelanggaran pematuhan pensijilan halal serta aspek keselamatan makanan.
"Berdasarkan siaran media rasmi BPJPH, hasil pemantauan bersama dengan BPOM mendapati 11 kelompok daripada sembilan produk makanan dikesan mengandungi DNA babi (porsin) melalui analisis makmal.
"Daripada jumlah tersebut, sembilan kelompok daripada tujuh produk memiliki sijil halal, manakala dua kelompok daripada dua produk tidak memiliki sijil halal.
"Justeru, sebagai langkah pencegahan awal, JAKIM segera melaksanakan tindakan pemantauan bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh kepada produk berkenaan jika dikesan berada di pasaran tempatan," katanya.
Senarai produk itu tersenarai di https://bpjph.halal.go.id/detail/siaran-pers.
Image via BPJPH
Image via BPJPH
Image via BPJPH
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 