JAIS Tampil Jelaskan Punca Sebenar Kenapa 80 Murid Sekolah Agama Tidak Dapat Ambil UPKK
Difahamkan, guru besar sekolah berkenaan ada beberapa kali menghubungi Pengarah Pendidikan JAKIM dan suatu pertemuan diadakan pada 30 Oktober lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Afsari di Saujana Putra di Kuala Langat yang mempunyai isu 80 muridnya tidak dapat menduduki Ujian Penilaian al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2025, sudah beberapa kali diberi peringatan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya mendaftarkan operasinya
Menerusi laporan kenyataan yang dikeluarkan JAIS, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata semakan mendapati sekolah swasta itu tidak berdaftar dengan jabatan berkenaan mengikut ketetapan Seksyen 12 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Negeri Selangor) 1988 (Pindaan 2001).
Jelasnya, SRI al-Afsari sebelum ini menggunakan nama SRI al-Fakri, iaitu sekolah yang mendapat kelulusan pendaftaran penubuhan baharu secara sementara dari 29 November 2012.
Setelah tamat tempoh pendaftaran sementara itu, beliau berkata, JAIS memberi peringatan supaya permohonan pendaftaran penuh dibuat, namun SRI berkenaan tidak mengemukakannya.
"Hanya pada 21 Disember 2023, JAIS menerima permohonan pendaftaran penuh daripada SRI al-Afsari dan JAIS akan mempertimbangkan pendaftarannya setelah pihak sekolah melaksanakan kurikulum yang ditetapkan oleh pihak jabatan.
"Selain itu, setelah berjaya mendapat pengesahan status kesihatan dan keselamatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), juga selepas mendapat kebenaran merancang, iaitu penukaran status rumah kedai kepada institusi pendidikan.
"SRI al-Afsari tidak dapat didaftarkan di bawah undang-undang kerana masih tidak mendapat sokongan JBPM dan tiada kelulusan PBT untuk kebenaran merancang," katanya.

Sidang media bersama ibu bapa mengenai 80 murid Tahun 5 di sekolah tersebut.
Image via Harian MetroJadi punca Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tak dapat menerima murid terlibat untuk duduki UPKK
Mohd Shahzihan menjelaskan, oleh kerana sekolah berkenaan tidak berdaftar dengan JAIS, maka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penganjur UPKK tidak memberi laluan kepada murid sekolah berkenaan menduduki UPKK 2025.
"Untuk makluman, UPKK adalah peperiksaan dianjurkan JAKIM dan JAIS ialah badan perantara bagi Selangor yang tertakluk kepada syarat menduduki peperiksaan ditetapkan JAKIM," katanya.
"Ibu bapa serta penjaga juga dinasihat memastikan anak-anak hanya dihantar ke SRI yang berdaftar dengan JAIS bagi mengelakkan mereka menghadapi masalah," katanya.
Mohd Shahzihan juga menasihatkan umat Islam berhenti mempersoal atau membangkitkan sesuatu isu tanpa mendapatkan fakta sebenar dan terus menyalahkan institusi agama tanpa usul periksa.
"Tindakan menuduh tanpa usul periksa boleh membawa kepada fitnah. Perbuatan fitnah tidak menguntungkan sesiapa, melainkan hanya menimbulkan kegusaran dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 