JAIS Sifatkan Senamrobik Berbaju Kurung Tanpa Kain Tak Beradab, Individu Tampil Mohon Maaf

Difahamkan, aktiviti senamrobik itu berlaku di Bukit Badong, Selangor.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TikTok
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan bahawa aktiviti senamrobik berbaju kurung tanpa kain yang tular di media sosial adalah perbuatan sangat tidak beradab dan berpotensi mencemarkan imej agama Islam

Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan di laman Facebook, JAIS memaklumkan bahawa perbuatan tersebut yang didakwa berlaku di Bukit Badong, mengandungi beberapa elemen perlakuan tidak sopan di tempat awam dan boleh menyebabkan Islam dipandang hina.

"JAIS sedang menjalankan siasatan terperinci melibatkan lokasi sebenar kejadian, pihak penganjur program serta individu-individu yang terlibat. Jabatan ini memandang serius perbuatan tersebut dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.

SAYS.com
Image via Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline JAIS di talian 1800-88-2424

Terdahulu, sebuah rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Threads, @Erymerah, mencetuskan kecaman ramai apabila memaparkan sekumpulan wanita melakukan senamrobik di atas pentas ketika siaran langsung di TikTok.

SAYS.com
Image via

Rakaman tersebut menunjukkan dua wanita memakai baju kurung sekolah bersama seluar ketat, manakala seorang lagi individu dipercayai hanya mengenakan seluar pendek, sekali gus mencetuskan kemarahan pengguna media sosial yang menganggap perbuatan itu tidak sesuai, khususnya apabila melibatkan pakaian yang sinonim dengan identiti dan kesopanan masyarakat Melayu Islam.

Walau bagaimanapun, individu tersebut sudah tampil memohon maaf atas kesilapan yang mereka lakukan secara spontan itu.

Lihat video di bawah:

@kakitroll3036

nak buat apa apa pikir dulu baik buruknya..bertudung tu wajib,bertudung tu bukan fesyen ok #rinazumbabukitbadong #bukitbadong #zumba

♬ original sound – Detektif Kucing – Detektif Kucing

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: