JAIM Tarik Balik Sijil Halal Kilang Kopi & Biskut Serta-Merta, Dikesan Guna Berus Bulu Babi

Keputusan analisis yang diterima pada Mac mengesahkan berus itu mempunyai ciri fizikal bulu babi.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah kilang memproses kopi dan biskut di Melaka ditarik kembali sijil halal selepas dikesan menggunakan berus dipercayai daripada bulu babi dalam kerja-kerja pembersihan peralatan

Menerusi laporan Harian Metro, perkara itu dikesan selepas pemeriksaan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Januari lalu, menemukan penggunaan berus berasaskan bulu haiwan di premis terbabit.

Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata berus berkenaan telah disita sebelum dihantar ke Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) di Bandar Enstek, Nilai untuk pengesahan lanjut di mana keputusan analisis yang diterima pada Mac mengesahkan berus itu mempunyai ciri fizikal bulu babi.

"Susulan itu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) milik kilang berkenaan ditarik serta-merta.

"Kilang itu telah beroperasi lebih sedekad dan sebelum ini memiliki sijil halal yang sah dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via NSTP

Menerima alasan tidak mengetahui alatan tersebut diperbuat daripada apa

Azhan berkata, alasan ketidaktahuan yang diberikan pihak premis tidak boleh dijadikan justifikasi.

Katanya, pemegang sijil halal perlu sentiasa memastikan pematuhan penuh terhadap piawaian halal yang ditetapkan, tanpa kompromi dalam mana-mana aspek operasi.

"JAIM akan terus memperhebat pemantauan terhadap premis yang memiliki sijil halal bagi menjamin keyakinan pengguna terhadap status halal produk di pasaran," katanya.

Tambahnya, orang ramai khususnya umat Islam disaran agar lebih berhati-hati dalam membuat pilihan makanan dengan mengutamakan produk yang mempunyai pensijilan halal, demi memastikan ia memenuhi tuntutan syarak serta standard kebersihan yang ditetapkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik