Jaga-Jaga Dengan Harga Murah, Ini Tips Nak Kenal Pasti Sama Ada Madu Itu Asli Atau Tiruan

Jangan tertipu guys.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Kompas
Logo

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai dekat sini yang suka makan madu kerana khasiatnya yang banyak

Bukan itu saja, rasanya juga sedap dan mudah untuk dimakan. Kita boleh lihat pelbagai jenis madu dijual di pasaran sekarang.

Namun, disebabkan terlalu banyak madu yang dijual di pasaran, ramai yang mengambil kesempatan untuk berniaga dengan ada sesetengahnya mencampurkan madu asli dengan air dan sebagainya.

Jadi, macam mana kita nak dapatkan perbezaan sama ada ianya adalah madu asli atau tidak? Baca tips di bawah ini untuk mengenal pastinya.

1. Uji dengan air

Betul, madu asli tidak mengandungi air. Jadi, untuk memastikan sama ada mdu itu asli atau tidak, anda boleh menuangkan sedikit di dalam bekas air berbeza.

Jika asli, madu itu akan ditenggelami dengan air. Jika tiruan pula, madu itu akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.

Image via Tribun News

2. Periksa melekit atau tidak

Seperti semua tahu madu mempunyai sifat yang melekit tidak kira asli ataupun tiruan. Untuk mengujinya, anda perlu letakkan madu pada hujung jari dan biarkan seketika.

Jika madu itu asli ia akan meleleh dengan perlahan dan jika ia tiruan, madu itu akan terus melekit pada jari.

Image via Liputan6

3. Guna kertas

Tips seterusnya adalah dengan menggunakan kertas. Jika madu yang anda tuangkan itu tiruan, kertas berkenaan akan berlubang atau terkoyak kerana kandungan air di dalamnya.

Tetapi, jika madu itu asli ia akan sebaliknya kekal di atas kertas tanpa merosakkannya.

Image via Explorasa

4. Didatangi semut

Madu asli mempunyai aroma yang sangat kuat dan tidak disukai semut. Rasa manis semula jadi yang ada pada madu asli tidak digemari oleh semut.

Namun, madu tiruan pula lebih disukai oleh semut kerana bau manis dan rasanya adalah dari gula. Itulah sebab semut akan datang dan menghurung madu tiruan dan bukannya madu asli.

Image via Impiana

5. Tuang atas pasir

Cara seterusnya adalah dengan menitiskan madu atas pasir. Jika asli ia tidak akan merebak pada pasir. Hal ini kerana madu asli bersifat padat dan likat.

Manakala, madu tiruan pula akan merebak pada pasir kerana kandungan air di dalamnya. Madu tiruan lebih banyak mengandungi bahan pemanis.

Image via Halodoc

6. Merasa dengan lidah

Ini adalah cara paling mudah untuk mengenal pasti kerana anda perlu merasakannya saja. Jika anda sudah biasa merasa banyak madu asli, pasti anda tidak akan tertipu lagi.

Ianya kerana anda boleh merasa sedikit perbezaan di antara madu asli dan madu tiruan. Terutama dari segi kemanisannya.

Image via Suara

7. Menggunakan api

Anda perlu membakar di atas api perlahan 1/2 sudu besar madu. Kemudian lihat, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya adalah palsu.

Namun, madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).

Image via Semakan Online

Jadi, lepas ini kalau nak beli hati-hati okay guys. Pastikan madu korang nak beli tu asli

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: