Jaga 4 Cucu Dengan Upah RM400 Sebulan, Luahan Seorang Atuk Undang Simpati Ramai

Anak-anak kenalah ada rasa kesian juga pada ibu bapa.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ibu bapa yang sudah pencen pastinya mahukan rehat yang secukupnya selepas sekian lama berkhidmat

Bukan mudah nak membesarkan anak-anak apatah lagi bila dah lanjut usia. Malah, ada yang terpaksa menjaga empat cucu dengan hanya RM400 sebulan.

Itulah realiti hidup yang dilalui seorang warga emas yang meluahkan rasa kesal yang dihadapinya sehingga mengundang simpati dan sokongan ramai di media sosial.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Unsplash

Jaga empat orang cucu, anak cuma beri RM400 sebulan

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu berkongsi luahan seorang warga emas yang mengadu penat sambil menjaga cucu-cucunya yang masih kecil.

Dia turut berkongsi bahawa dia hanya menerima upah dari anaknya sekitar RM400 sebulan jumlah yang jelas tidak mencukupi untuk menampung makan minum, keperluan harian dan perbelanjaan persekolahan anak-anak kecil itu.

"Mengasuh 4 cucu, 9,7,3 dan 2 tahun selama 9 tahun. Ibu dan bapa bekerja, adalah kami diberi sedikit dalam RM400 sebulan tapi itulah tak cukup, di situlah beli jajan cucu, barang makanan, bayaran bil elektrik RM300 sebulan. Beli susu, belanja sekolah, tambang bas, pampers anak, ansuran kereta di tanggung isteri. Sedangkan kami tiada pendapatan atau pencen," luahnya.

Image via Threads

Luahan jujur itu mendapat perhatian ramai yang meluahkan rasa geram, bukan pada warga emas berkenaan, tetapi pada anak-anak yang lepas tangan dan sanggup bebankan ibu bapa sendiri tanpa fikir upah atau kudrat mereka yang dah uzur.

Image via Threads

Image via Threads

Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: