Lima Remaja Terbabit Kes Buli Zara Qairina Bakal Didakwa Rabu Ini Di Mahkamah – Peguam Negara

Kematian Zara Qairina mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah mangsa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan & Sirap Limau
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terbabit dalam kes buli Zara Qairina Mahathir berdasarkan penelitian kertas siasatan

Menerusi laporan Berita Harian, seramai lima remaja bawah umur akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, pada Rabu ini, berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata semua remaja terbabit berusia bawah 18 tahun akan dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu bagi proses pertuduhan.

"Seramai lima orang akan dituduh pada Rabu ini di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarham Zara Qairina. Mereka berusia di bawah 18 tahun," katanya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan AGC, keputusan itu dibuat berdasarkan keterangan dan hasil penelitian kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

"Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan.

"Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-supek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan mahkamah," katanya.

Bagaimanapun, AGC tidak mendedahkan sebarang identiti mengenai suspek-suspek yang akan dituduh.

SAYS.com
Image via Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General's Chambers Malaysia (Facebook)

Siasatan kes menjurus kepada kes buli sebelum terjadinya insiden kematian berkenaan

Menerusi laporan Berita Harian, Rabu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata siasatan pasukan petugas khas berhubung kematian Zara Qairina menjurus ke arah berlakunya buli sebelum kejadian.

Katanya, ia hasil keterangan yang dirakamkan dan dapatan siasatan setakat ini, dan susulan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.

Khamis lalu, peguam yang mewakili keluarga Zara Qairina mencadangkan AGC mendakwa individu yang terbabit dalam perbuatan buli, berdasarkan keterangan yang diberikan kepada polis berkaitan kes kematiannya.

Terdahulu, Zara Qairina telah dimasukkan ke hospital selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar pada jam 4 pagi, 16 Julai sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu pada keesokannya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: